suria

Tak sabar nak kahwin, wanita terima pinangan laki lain... Tinggal pakwe sehari sebelum nikah, kini gila bayang teringat ex-BF

Seorang wanita masih terkenang kisah lama. -Gambar hiasan

SETIAP hubungan memerlukan pengorbanan, namun bukan semua orang sanggup berkorban demi pasangan.

Dikuasai nafsu dan keinginan mahu berkahwin yang membuak-buak, seorang wanita tidak menyangka ia akan menjadi satu penyesalan seumur hidup!

Begitulah dilema dilalui oleh seorang wanita berusia 26 tahun, yang baru mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

Berkongsi cerita, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik namun dia dibayangi kisah silamnya sebelum bergelar isteri.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

"Suami baik, cuma I ada masalah. Sebelum kahwin I ada teman lelaki (BF), dan dia berjanji akan kahwin dengan I lagi empat tahun," katanya.

Menerusi satu luahan di laman X, dia bagaimanapun menyedari faktor umurnya menyebabkan dia tidak dapat menunggu lebih lama untuk berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terbujur kaku, suami cuak tengok CCTV! Terduduk isteri perlu ditidurkan, selama ini tak percaya penat jadi suri rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bawa diri tidur dalam stor, kepala ‘berat’ fikir masalah... Lepas dengar ceramah ustaz terus buang ego, balik cari isteri luah perasaan

Apatah lagi dirinya lebih berusia berbanding teman lelaki dan pendiriannya terus berubah selepas ada lelaki lain muncul dalam hidupnya.

"I macam tak boleh nak tunggu memandangkan I merantau dan hidup sendiri. I nak orang jaga I.

"Pada waktu sama, ada lelaki lain (suami sekarang) nak masuk meminang, memandangkan dia stabil dan kerja dengan I," ujarnya.

Keadaan itu menyebabkan perasaannya berbelah bahagi namun dia akhirnya memilih untuk menerima pinangan tersebut.

Lelaki kecewa ditinggalkan kekasih. -Gambar hiasan

Hubungan cintanya pula terpaksa dikorbankan dan putus di tengah jalan, bagi membolehkannya menjalani kehidupan baharu.

"I putus dengan BF (bekas kekasih) sehari sebelum pernikahan. My ex terus delete I dari semua akaun (media sosial) dia," katanya yang meneruskan perkahwinan meskipun tidak ada perasaan cinta dengan suami.

Dah jadi isteri, jangan bayangkan lelaki lain. Jangan biar diri dibuai bisikan syaitan.

NETIZEN

Menjalani kehidupan bersama dan nampak bahagia, namun wanita itu mengakui bukan mudah baginya untuk bercinta selepas berkahwin.

"Suami okay, cuma I rasa macam tak ngam dan asyik teringat ex. Hari-hari I stalk ex I jika dia dah ada orang lain.

"Pada masa sama, I rasa berdosa dengan suami. Berdosakah I? Tolong doakan I. I sayang suami, cuma I kadang-kadang serabut bila teringat.

"I rasa serba-salah dan berdosa," luahnya lagi yang kesal dengan tindakan yang dibuatnya.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihannya. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan wanita itu terutama apabila dia memutuskan hubungan dengan teman lelaki menjelang hari pernikahan dengan orang lain.

Malah, ramai yang menyalahkannya kerana mempermainkan perasaan lelaki dan menganggap perkahwinan seperti satu permainan.

"Minta putus sehari sebelum nikah. Tak dapat bayangkan apa yang lelaki tu (bekas kekasih) rasa.

"Dah jadi isteri, jangan bayangkan lelaki lain. Itulah sekecil-kecil pengkhianatan. Jangan biar diri dibuai bisikan syaitan.

"Momen ikatan suami isteri sah dengan akad nikah, cinta lama perlu mati. Jangan hidupkan fitnah tu. Kau ada ruang yang luas untuk move on. Doakan yang terbaik untuk ex.

"Ingat kahwin ni benda main-main? Baru 26, dah terhegeh-hegeh nak kahwin. Lepas tu, jadi macam ni. Nanti mula buat perangai... tak serasi, curang pula," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain