suria

Wanita Kelantan ‘dahaga’ perhatian, buang phone pasangan ke luar kereta - “Padan muka, aku geram sangat kecek tak layan”

Video tular memaparkan telefon milik seorang lelaki dilempar keluar oleh pasangannya.

KESELAMATAN di jalan raya perlu diutamakan untuk mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa sendiri atau pengguna lain.

Tular video di laman X pada Sabtu memaparkan satu pasangan sama-sama melakukan aksi berbahaya ketika berada di dalam kereta yang sedang dipandu.

Menerusi video tersebut, wanita itu yang berada di tempat duduk penumpang kedengaran tak henti membebel dalam dialek Kelantan yang pekat, berang kerana lelaki yang sedang memandu, dipercayai suaminya ralit berbual menerusi telefon pintar tanpa menggunakan fon telinga.

Lelaki terbabit terkejut dengan perbuatan pasangannya.

Bebelannya bagaimanapun tidak mendapat perhatian lantas wanita berkenaan terus merampas telefon pintar dari tangan lelaki tersebut dan melemparkannya ke luar tingkap kereta, sambil disaksikan seorang kanak-kanak dari tempat duduk belakang.

Terkejut diperlakukan sebegitu, dalam keadaan terpinga-pinga lelaki itu terus mengundurkan kereta untuk mengambil telefon pintarnya yang telah dibuang.

"Geram betul aku, asyik bergayut dengan telefon je abang ni. Aku cakap bukan dia nak layan. Sini aku baling telefon dia tu, jangan main-main dengan aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘lari’ trafik sesak, geng menuju Pantai Timur sanggup U-turn mengejut tengah lebuh raya - “Mohon guna akal”

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur puak kereta plat ‘D’ buang sampah tepi jalan, lelaki Pahang dikejar sampai dapat! - “Nak gocoh demo berhenti tepi”

"Padan muka, aku cakap kamu tak layan langsung. Dah pergi cari dekat mana telefon tu," demikian antara butiran percakapan wanita berkenaan.

Dalam pada itu, turut dapat diperhatikan adalah raut wajah lelaki itu nampak kecewa, namun dia dilihat berjaya mengawal kemarahannya.

"Awak ingat murah ke telefon tu, ingat dua tiga ringgit ke? Allahuakbar. Sini la saya hantar awak ke Tanjung Rambutan," ujar lelaki tersebut kepada wanita di sebelahnya.

Bagaimanapun, wanita itu nampak tenang malah sesekali dia tersenyum dan tergelak melihat respons lelaki berkenaan.

Dia juga didengari menyuruh pemuda itu mencari perempuan lain, bengang kerana mendakwa pemuda itu suka bergayut di telefon.

Perbualan mak ayah macam tu depan anak, patutlah generasi sekarang ramai yang biadab.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mempersoalkan motif momen itu dirakam dan berteka-teki adakah satu lakonan untuk konten semata-mata.

Selain dilihat mahu menagih perhatian pasangan, dia juga dianggap 'dahagakan' perhatian jika video tersebut dirakam untuk tujuan meraih tontonan warganet.

"Bingitnya telinga kalau dengar orang Kelantan berceloteh. Satu lagi, kenapa kena rakam kalau nak marah suami, apa tujuannya? Kalau content pun, dekat tengah tu ada anak, tak malu ke tunjuk teladan yang tak baik.

"Banyak benda yang salah dalam video ni, pertama sekali tak pakai tali pinggang. Kemudian suami tu boleh pula memandu sambil pegang phone. Lepas tu main buang je objek ke tengah jalan, bahaya tu kalau terkena orang. Mohon pihak berkuasa ambil tindakan.

Warga maya bertukar pandangan.

"Perbualan mak ayah macam tu depan anak, patutlah generasi sekarang ramai yang biadab. Ibu bapa aku dulu kalau nak bertengkar akan menyorok dalam bilik atau mana-mana tempat, bagi anak tak dengar.

"Saya yakin ini satu bentuk content, nampak telefon tu murah sebab tu mereka tak kisah nak main campak-campak," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain