suria

Jiran parkir ‘block’ laluan masuk buat-buat pekak, hon banyak kali pun tak dengar! - “Lepas tu keluar buat muka”

Masalah parkir sering menjadi isu dalam sesebuah kawasan kejiranan.

HIDUP dalam sesebuah masyarakat pastinya tak pernah sunyi dengan pelbagai masalah membabitkan jiran tetangga.

Daripada isu haiwan peliharaan, tanaman malah perebutan ruang tempat letak kereta sering menjadi permasalahan yang bagaikan tiada kesudahan.

Begitulah luahan seorang wanita dikenali sebagai Tun Mozla Mamat apabila perkarangan rumahnya sering dihalang kenderaan milik jirannya hingga menyukarkan aktiviti keluar masuk.

Ruang sempit kawasan rumah membuatkan ramai memilih untuk parkir di tepi jalan. -Gambar hiasan

"Apabila suami dia balik rumah, selalu la kena macam ni. Block (halang nak masuk) rumah saya. Selalu macam ni.

"Parking depan rumah (sendiri) penuh dengan kereta anak beranak dia. Bukan tak ada parkir dekat tepi rumah orang lain. Pergi la parking sana.

"Depan pagar rumah kita juga dia nak parkir. Lepas tu keluar buat muka tak bersalah... geram! Sudah la kuat busybody (menyibuk hal orang)," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu enggan jemput murid depan sekolah, selesa parkir jauh! Kelas tamat masing-masing kena jalan kaki ke kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga bolot ruang parkir, paling seronok ‘lambak’ depan rumah orang! Depan pagar sendiri biar lapang

Tambah Mozla, apa yang lebih menimbulkan kemarahan ialah dia terpaksa membunyikan hon kereta setiap kali dia pulang ke rumah.

Bagaimanapun tindakan tersebut hanya sia-sia kerana ia tetap tidak disedari jirannya yang leka berada di dalam rumah.

Turut dikongsikan adalah sekeping foto menunjukkan situasi kereta Toyota Vios milik jirannya itu menghalang jalan masuk ke dalam rumahnya.

Saya nak keluar kereta terutama sekali kalau keluarkan secara mengundur bukan main payah.

TUN MOZLA

Situasi yang dihadapi Mozla membuatkan dia tidak sabar untuk berpindah daripada rumah sewanya itu.

"Kami hon lama juga. Lepas tu anak panggil-panggil jiran tu, baru la dia keluar.

"Cepatlah selesai amanah rumah ni, nak cari rumah sewa lain. Duduk flat semula pun okey je. Stress kami sekeluarga. Menaikkan darah waktu Maghrib ni.

"Mentang-mentang kami ni hanya menyewa dekat situ, jadi dia rasa hak dia banyak dekat sini. Harap kita semua jangan pula buat macam ni dekat jiran," katanya lagi.

Komen netizen pada hantaran asal.

Luahan wanita itu ternyata mendapat perhatian netizen apabila ramai turut berkongsi pengalam serupa.

"Ramai rupanya hadap jiran macam ni ye. Sejujurnya saya tak faham kenapa la parkir dan sekat depan rumah kami. Tu belum lagi isu dia parkir senget sampai nak masuk rumah pun payah.

"Belum lagi dia parking betul-betul ikut ukuran tembok pagar rumah. Saya nak keluar kereta terutama sekali kalau keluarkan secara mengundur bukan main payah. Takut terkena kereta dia," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain