suria

Bos buat rumah terbuka, staf dijemput boleh balik awal... Beberapa ‘kerat’ tak dapat jemputan kena kerja macam biasa

Rumah terbuka anjuran majikan untuk meraikan tetamu. -Gambar hiasan

KEMERIAHAN aktiviti kunjung-mengunjung masih terasa meskipun lebih dua minggu sambutan Aidilfitri berlalu.

Masing-masing tetap merayakannya dengan menganjurkan rumah terbuka, bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Berbaki kira-kira dua minggu lagi sebelum Syawal berakhir, penganjuran rumah terbuka sempena hari lebaran masih dilakukan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang individu memaklumkan bahawa majikannya turut tidak terkecuali menjemput staf ke rumah terbuka yang dianjurkan.

Pelbagai juadah menarik perhatian tetamu di rumah terbuka. -Gambar hiasan

Namun katanya, bukan semua pekerja menerima undangan tersebut.

Lebih malang, dia merupakan salah seorang daripada staf yang tidak dijemput ke majlis berkenaan.

"Apa pandangan anda mengenai budaya kerja ini? Kamu tak dijemput pergi rumah terbuka bos.

"Manakala 90 peratus daripada staf di ofis dijemput," luahnya di laman X tanpa menjelaskan lokasi rumah terbuka anjuran majikannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos anjur majlis buka puasa geng pejabat, kutip RM100 seorang... Pekerja bantah kena keluar duit sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Bos buat majlis perpisahan tapi enggan rai staf ‘resign’ setelah 20 tahun berkhidmat, cuma jemput pekerja bersara awal

Bukan itu sahaja, dia juga menganggap mereka yang menerima jemputan tersebut sebagai beruntung kerana boleh balik dari pejabat lebih awal daripada yang sepatutnya.

"Yang dijemput dapat keluar ofis sejam awal, yang tak dijemput kena balik macam biasa.

Buat tak tahu je, yang penting gaji masuk.

NETIZEN

"Kamu semua yang dapat balik awal tu gembira. Sementara kami duduk kat meja kami tunggu sampai habis kerja," katanya, terkilan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib pekerja tersebut kerana diberi layanan tidak sama rata.

Pekerja yang hadir memeriahkan rumah terbuka. -Gambar hiasan

Ada yang menyarankan untuk berpindah tempat kerja yang mana persekitarannya tidak toksik dan semua pekerja dihargai serta mendapat layanan sama rata.

"Sedih juga kena macam ni. Tapi inilah peluang untuk cari kerja lain.

"Toksik dan wajib cari kerja lain. Nampak sangat bos benci.

"Jika gaji 'sedap', stay je la. Kerja sebab gaji, bukannya sebab nak jadi 'famili' bos pun. Tapi kalau gaji pun sikit, lebih baik blah saja," demikian antara komen netizen.

Selain itu, segelintir netizen turut berpendapat apa yang lebih penting adalah tanggungjawab staf ke atas syarikat dan gaji bulanan yang dibayar.

"Buat tak tahu je, yang penting gaji masuk. Kerja kau selesai, kau perform ikut bayaran.

"Tak payah nak fikir. Kau buat je kerja kau, sampai waktu balik. Hujung bulan gaji masuk, benda kecil je tu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain