suria

Wanita bosan balik rumah mentua, sambutan raya amat sendu! Rindu keluarga sendiri yang lebih 'happening'

Suasana sehari sebelum tibanya hari raya merupakan momen ditunggu-tunggu. -Gambar hiasan

KEMERIAHAN suasana ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri merupakan saat paling ditunggu-tunggu semua orang.

Begitu juga dengan wanita ini yang amat mendambakan untuk meraikan perayaan tersebut bersama keluarganya setiap tahun.

Namun kini dia perlu berselang seli beraya di rumah mentua memandangkan dia sudah berstatus isteri orang.

Luahan dibuat menerusi laman X oleh pengadu tanpa nama ini menjadi tular setelah mendapat perhatian ramai.

"Saya dengan suami setiap tahun akan ada pergaduhan sikit masa dekat nak beraya dekat mana tahun tu.

Luahan seorang wanita mengenai suasana hari raya mendapat sambutan di X. -Gambar hiasan

"Bukan tak ada tolak ansur atau belas kasihan ke apa. Cuma kalau boleh tiap tahun saya nak beraya dengan famili dan sanak saudara saya.

"Nampak macam pentingkan diri tapi... kenyataannya famili saya, pakcik makcik dan saudara semua memang 'happening' (meriah) habis. Masa rasa tu memang kami 'all out'," ujarnya.

Menurut pengadu, suasana riuh serta kesibukan membuat persiapan pada malam raya tidak dirasai apabila pulang ke kampung halaman suami.

Malah, perbezaan dari segi sambutan oleh ahli keluarga masing-masing turut dipersetujui oleh pasangan wanita itu sendiri.

"Seronok tu sampai rasa malam raya tu tak nak tidur hingga ke pagi raya. Seronok sangat. Sudah la setahun sekali je kan. Raya kot, siapa je tak rasa gembira lain macam kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Potong ‘mood’ nak raya! Wanita mengeluh ipar-duai main ‘booking’ di rumah mentua, sampai lewat tetap dapat tidur dalam bilik

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali sambut raya dengan keluarga isteri, kaum lelaki boleh ikut 10 tip ini... pasti jadi menantu kesayangan!

"Tapi tak berlaku kalau saya balik belah suami. Sendu sesendunya. Saya tak rasa pun apa seronoknya raya. Malam raya sendu, buat hal masing-masing. Baik adik beradik dan saudara mara dia.

"Benda ni pun tak dinafikan oleh suami saya. Malam raya orang main bunga api, kemas rumah apa semua. Yang mereka ni? Krik krik (bunyi cengkerik)," jelasnya.

Baginya yang begitu menghargai momen tersebut sejak kecil, dia berasa terkilan apabila tidak lagi dapat berbuat demikian.

Menurut pengadu, dia sanggup beraya sehari sahaja di kampung halaman sendiri demi meneruskan 'tradisi' keluarganya.

Awak jadikan la belah suami menyeronokkan juga. Beli bunga api apa patut. Ajak mereka main sama.

NETIZEN

"Saya tak kisah raya kedua atau ketiga balik kampung dia (suami) cuma saya nak sangat raya pertama tu dengan famili saya.

"Dari kecil saya seronok setiap kali raya. Bila sudah jadi macam ni memang saya rasa betul-betul tak seronok.

"Ada tak yang faham macam mana saya rasa? Raya ni vibe dia lain tahu. Serius lain, kita nangis tapi nangis dalam kegembiraan," katanya.

Susulan daripada luahan dibuat wanita ini, rata-rata netizen memberikan cadangan yang boleh dilakukan olehnya pada masa akan datang.

Komen netizen pada hantaran dibuat.

Sebagaimana dicadangkan, adalah lebih baik sekiranya pengadu memulakan tradisi keluarganya ke dalam keluarga suaminya.

"Awak jadikan la belah suami menyeronokkan juga. Beli bunga api apa patut. Ajak mereka main sama. Awak mula la jadikan raya mereka seronok juga.

"Asyik suami je nak kena ikut perempuan tak boleh juga. Beralah la. Ikutkan seronok je tapi tak jaga hati suami. Gilir-gilir kan tak ada lah sampai bergaduh.

"Kalau suasana tu bosan, awak yang ajak la buat sesuatu best. Mula perkenalkan dengan ajak main bunga api, tengok movie, membawang... ajak je. Jangan layan je benda tu yang bosan lepas tu bising sorang-sorang," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain