DEMI menjaga keharmonian rumah tangga, setiap isteri perlulah mendapatkan keizinan suami sebelum melakukan apa-apa perkara. Terbaharu, tular kisah seorang isteri yang mengerjakan umrah meskipun dia tidak mendapat keizinan suaminya. Tangkap layar mesej suaminya yang dihantar kepada seorang individu menceritakan tentang isterinya itu tular menerusi TikTok sehingga meraih perhatian netizen. Rumah tangga pastinya lebih harmoni jika suami isteri saling toleransi. -Gambar hiasan "Doa saya pada isteri saya, dia tidak selamat pergi umrah pagi esok. Ini kerana tiada perbincangan dan tidak minta izin saya sebagai suami untuk ke sana buat umrah. "Sungguh sakit hati bila dia buat saya macam orang asing. 10 malam terakhir ini saya pulun doa yang dia tidak selamat dunia akhirat. "Saya tidak maafkan dia dan saya tidak reda dia dunia dan akhirat," tulis lelaki itu. Sahabat semua doakan saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini. SUAMI Dalam mesej sama, lelaki itu turut memaklumkan hubungan rumah tangganya retak gara-gara kebiadaban isterinya. Malah, dia juga telah keluar dari kediaman mentuanya dan kembali ke negeri asal gara-gara masalah yang berlaku antara mereka. "Sahabat semua doakan saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini. Disebabkan mulut dia hina ibu bapa, adik-beradik saya... ARTIKEL BERKAITAN: Baru lembut hati rujuk dengan suami 3 kali kantoi curang, isteri nekad cerai sekali lagi... Terkejut tiba-tiba ada madu! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sabar diceraikan suami, pengorbanan urus rumah tangga tak dihargai... Paling sakit hati dilabel isteri derhaka "Saya buat keputusan untuk keluar rumah mentua dan balik negeri asal saya. Saya serik sungguh berkahwin dengan orang bermasalah," ujar lelaki itu lagi. Perkongsian tangkap layar mesej lelaki itu menerima lebih 20,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani komen netizen. "Umrah bukan ibadah wajib. Taat pada suami hukumnya wajib. Fikir-fikirlah sendiri. "Bila ambil keputusan nak berkahwin, perempuan memang kena dengar cakap suami. Kecuali suami suruh buat maksiat, tu tak boleh taat," tulis netizen. Suami perlu sabar melayan kerenah isteri dan bertindak sewajarnya jika timbul masalah -Gambar hiasan Namun, ada juga netizen yang menyalahkan lelaki itu dan enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui cerita kedua-dua belah pihak. "Tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Kita, lelaki, sebagai ketua keluarga, kita kena reflect kat diri kita sendiri apa yang kita telah buat menyebabkan perkara tersebut berlaku. Mungkin itu salah kita? "Lebih baik bercerai. Senang kalau tiada suami. Tak payah minta izin. Sampai doakan tak elok kat bini sendiri. Hal suami isteri pun tak boleh selesaikan. "Doa tu akan terpantul balik kat diri sendiri. Kamu selesaikanlah lepas dia balik umrah," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube