suria

Pemuda ‘kaki besi’ pasrah makan di luar kedai, risau pelanggan tak selesa! Lebih derita dari sakit putus cinta

Riss terbabit kemalangan jalan raya dan kakinya yang patah terpaksa dipasang besi.

SEORANG lelaki membuat keputusan untuk tidak makan di restoran yang dikunjungi sebaliknya hanya makan di dalam kereta..

Dalam video dimuat naik oleh @rissnasty_1 di TikTok, dia menunjukkan pinggan berisi nasi putih lauk ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai mamak.

Walaupun merupakan pelanggan restoran itu, dia memilih untuk makan dalam kereta, di tempat duduk penumpang hadapan sambil menunjukkan kakinya yang cedera dipasang alat bantuan besi (lizarof external fixalator).

Tangkap layar menunjukkan Riss makan di luar sebuah kedai mamak.

"Sakit putus cinta? Dia belum tahu (lebih sakit) pergi mamak makan dalam kereta," tulisnya pada video.

Perkongsian lelaki ini meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan Riss.

Difahamkan, tulang kakinya patah dan hancur akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Felda Chemplak Barat, Johor.

Dalam pada itu, seorang warga maya yang pernah 'dipasang besi' akibat kemalangan sebelum ini berkongsi pengalaman bahawa dia tidak malu untuk makan di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Meluat dengan makcik masuk kedai suka cakap lepas, serba tak kena! Rupanya ada sebab pelanggan mahu dilayan bak raja

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini kesat air mata sambil suap piza, hidup 28 tahun tak pernah makan sedap... Netizen pula pelik nampak iPhone atas meja

"Saya yang tangan masuk besi makan dekat kedai, orang yang tutup mata. Saya rileks je makan tayang tangan atas meja makan," katanya.

Membalas komen tersebut, Riss memberitahu dia makan di dalam kereta kerana bimbang besi yang dipasang pada kakinya itu mungkin akan membuatkan pelanggan di situ berasa kurang selesa.

"Saya bukan apa. Banyak sangat besi (pasang pada kaki). Takut orang tengah makan tengok nanti termuntah," katanya.

Sakit ya buang besi tu. Tak ada bius.

WARGA MAYA

Dalam satu lagi video yang dimuat naik Riss berharap kakinya cepat sembuh daripada kesakitan dialami.

"Akan ku tunggu hari yang paling dinantikan di mana saya bahagia dan bebas daripada kesakitan (suatu hari nanti)," katanya di ruangan kapsyen video.

Jelas Riss dalam hantaran berkenaan, dia mula memakai alat bantuan tersebut sejak lima bulan lalu.

Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen mendoakannya sembuh sebelum tibanya Aidilfitri pada April.

Komen warga maya pada hantaran dibuat Riss.

"Harap kita sama-sama kuat bang. Sakit ya buang besi tu. Tak ada bius.

"Patah 'tebu' ke bang? Saya doakan abang cepat sembuh sebelum raya.

"Ngilu saya tengok bang. Semoga buka besi sebelum raya," komen beberapa warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain