suria

Pemulung bahan kitar semula dapat ratusan ribu views, gift… Warga maya saran jadi TikToker sepenuh masa

Wanita ini mendapat pelbagai 'gift' dan jutaan 'like' ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

KEBANYAKAN masyarakat masa kini gemar berkongsikan aktiviti harian mahupun pekerjaan kepada umum menerusi platform media sosial.

Tular di media sosial, seorang wanita yang mencari dan mengumpul barangan kitar semula membuat siaran langsung tentang aktivitinya yang mengasingkan bahan buangan mengikut jenis.

Menerusi kandungan yang dipertontonkan di aplikasi TikTok Live itu, dia menerima gift yang kemudiannya boleh ditebus menjadi sumber pendapatan.

Bahan kitar semula diasingkan mengikut jenis.

Bahan kitar semula diasingkan mengikut jenis.

Pelayar yang menyaksikan siaran langsungnya juga melebihi 44,000 ribu dengan jumlah like yang diterima adalah 19 juta.

Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang pelayar di laman X yang turut meluahkan rasa terkejut dengan sokongan masyarakat terhadap wanita tersebut.

“Live TikTok dia buat apa ni? Asing sampah ke aku tak tahulah... 48k ya views, like pun hampir 20 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker anggap diri manusia istimewa, tak menangis keluar perut ibu... Doktor mula risau, saran jalani pemeriksaan mental

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! TikToker sanggup cuci muka guna air jamban demi ‘gift’ - “Jatuh maruah seorang manusia”

“Dah kaya tu boleh stop kerja asingkan sampah,” ciapnya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai berikutan jumlah tontonan dan 'gift' yang diterima wanita berkenaan.

Dia bukan buang sampah tapi asingkan plastik... tak baik cakap macam tu, better check you punya hati.

WARGA MAYA

“Mana boleh stop kerja asingkan sampah tu, boleh jadi sebab dia kerja macam tu apabila buat live tu berjuta view berjuta like. Aku kalau buat live sambil kerja, rasanya tak ada siapa nak tengok, nak kesian.

“Baik bagi gift kat akak ni daripada bagi kat NPC joget ulang cakap saja apa pun tak buat tu.

“Bukan asing sampah, ni pemulung macam kumpul plastik untuk dijual macam orang cari besi buruk,” ujar beberapa warga maya.

Antara perkongsian warga maya.

Antara perkongsian warga maya.

Bagaimanapun terdapat segelintir individu yang beranggapan pelayar X seolah-olah memperkecilkan usaha wanita itu mencari rezeki dengan menjadi pemulung sampah.

“Dia buat kerja halal, kan? Tak mencuri, tak scam orang. Nak live pun salah, better check hati la!

“Kerja pun kena kecam, kalau makan tidur dah sah-sah kena hamun, manusia ni nak apa sebenarnya?

“Nama dia makjeprik dan dia seorang TikToker dari Indonesia, dia bukan buang sampah tapi asingkan plastik... tak baik cakap macam tu, better check you punya hati,” ujar beberapa netizen lagi.

Bagaimanapun, pelayar X menjelaskan bahawa perkongsian yang dibuat itu bukanlah bertujuan menghina atau memperkecilkan sebaliknya meluahkan rasa teruja dengan sokongan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain