suria

TikToker dilabel ‘tua tak sedar diri’ dedah umur masih muda! Wajah je macam makcik, tangan belum berkedut

Fatimah berkata usianya baru 32 tahun, tidak terlalu tua seperti sangkaan netizen.

SEMAKIN kita dikenali, semakin banyak dugaan yang perlu dihadapi.

Begitulah nasib kebanyakan TikToker yang sering berdepan kecaman netizen selepas mereka meraih populariti di media sosial.

Seorang TikToker wanita dikenali sebagai Sis Fatimah turut berdepan nasib serupa apabila ada netizen memperkatakan tentang wajah serta usianya.

fatimah2

Antara kandungan video di TikTok wanita ini.

"Makcik rare la. Walau dah tua, tahu buat content," komen seorang netizen pada video TikTok wanita itu.

Mengulas komen berkenaan, Fatimah berkata ramai yang salah faham tentang usianya disebabkan wajah yang kelihatan lebih matang.

"Saya tak tua sangat pun sebenarnya. Ada juga orang komen, dah tua tak sedar diri, dah tua nak TikTok lagi. Saya baru umur 32, bukan tua lagi, bukan dah 50.

Tapi saya tak salahkan awak, memang muka saya macam ni, nampak raut wajah tua.

SIS FATIMAH

"Kadang-kadang orang tanya umur saya malas nak cakap, sebab saya tahu muka saya memang nampak tua, muka saya nampak matang. Jadi kalau saya beritahu umur, orang cakap la muda lagi.

"Banyak kali macam tu, saya jadi malas. Awak jadi judge kalau saya cakap umur. Awak tengok tangan saya muda lagi, kalau orang tua dah berkedut tangan," ujarnya yang memiliki 100,000 pengikut TikTok.

Menurut Fatimah lagi, dia tidak menyalahkan netizen atas salah faham itu, namun turut kecewa apabila ia kerap ditanya menerusi media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal usia 24 tahun dikritik nampak tua, tapi ramai je mesej nak berkenalan! - “Yang penting tak over, sejuk mata memandang”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jejaka ini kongsi rahsia ‘umur tua, wajah muda’... positif kerja di ladang sawit selepas hilang job - “Saya anggap ia senaman di gim”

"Tapi saya tak salahkan awak, memang muka saya macam ni, nampak raut wajah tua. Orang tengok berdasarkan first impression. Tak kan saya nak marah. Tapi kalau tanya dalam live, saya jadi serba salah nak beritahu.

"Kalau saya beritahu umur pun, tak ada bagi manfaat pun untuk saya. Tak ada faedah kalau beritahu umur tapi ketahuilah saya belum tua seperti disangka. Ada macam satu perasaan kecewa, tak apalah, nak buat macam mana?

"Allah bagi muka macam ni. Tapi satu masa, saya tertanya kenapalah muka aku tak macam orang lain. Best nya orang lain baby face. Alhamdulillah terima kasih Allah bagi saya muka lagi, ada orang tak ada wajah pun," ujarnya lagi.

fatimah3

Netizen titip kata-kata semangat untuk Fatimah.

Selepas memuat naik video penjelasan itu, ramai netizen meninggalkan kata-kata semangat buat Fatimah dan berharap dia tidak kecil hati dengan penghinaan berkenaan.

"Kulit awak cantik, nampak sihat dari dalam, sebagaimana diri awak mempunyai tutur bicara yang humble dan positif.

"Anugerah daripada Allah. Manusia memang tak pernah berpuas hati, jadi bertabahlah.

"Siapa yang mengata tu? Tak baik buat orang down. Support dia," tulis netizen kepada TikToker yang banyak menghasilkan content solekan dan kecantikan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain