suria

Suami bahagia dapat kahwin cikgu, tiap-tiap bulan isteri ‘cover’ duit belanja... Paling untung disuruh tanggung keluarga bercuti!

Guru mencari rezeki dengan mendidik murid-murid. -Gambar hiasan kiri The Star

SUAMI isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain merupakan kunci kebahagiaan rumah tangga.

Mana-mana wanita pasti mahu suami yang bertanggungjawab termasuk daripada segi perbelanjaan bulanan rumah tangga.

Namun perkahwinan wanita ini tidak semudah yang disangkakan, meskipun dia dan suami memperoleh gaji yang hampir sama.

Menurut wanita itu, dia berkhidmat sebagai guru, manakala suaminya mencari rezeki di sebuah kilang.

Seorang lelaki bekerja di sebuah kilang. -Gambar hiasan

“Gaji kami berdua lebih kurang sama sebab aku pun masih baru membina kerjaya. Suami aku akan beri aku RM700 sebulan untuk bayar sewa rumah RM400, bil air dan elektrik RM100, kutu dia RM200.

“Bil-bil lain seperti penapis air, netflix dan lain-lain aku bayar. Masalah di sini, suami aku akan beli barang dapur tidak melebihi RM150 sebulan.

“Kos barang dapur hampir RM400 sebulan, ini bermakna aku tanggung RM250 sebulan,” katanya menerusi satu luahan di grup Faceboook.

Menurut wanita itu, jumlah berkenaan tidak termasuk kos makan di luar yang perlu ditanggungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat bela ‘biawak hidup’, suami goyang kaki habiskan duit niaga nasi lemak... Nak beli rokok pun minta isteri!

“Aku ada kereta, jadi setiap kali keluar kami akan naik kereta aku. Sudah tentu minyak kereta dan tol pun aku bayar sendiri walaupun balik ke kampung dia.

“Aku akan masakkan bekal setiap hari untuk suami pergi kerja. Petang dia balik kerja pun aku masakkan juga,” ujarnya.

Apa yang lebih dikesalkan apabila dia juga perlu menanggung kos ketika dia dan suami bercuti bersama keluarga mentua.

Seorang lelaki mengeluarkan wang untuk perbelanjaan komitmen bulanan. -Gambar hiasan

Menurutnya, suami sendiri seperti melepaskan tanggungjawabnya tanpa rasa bersalah.

“Baru-baru ni kami bercuti dengan keluarga dia, yang geramnya aku juga kena bayar makan satu famili dan bayar homestay. Aku jadi tak ikhlas min.

“Mula-mula aku fikir sedekah tapi lama-lama aku mula sakit hati dengan suami aku. Aku rasa dipergunakan sepenuhnya oleh dia,” tambahnya.

Banyak beri peluang, jadi suami naik lemak.

NETIZEN

Bukan sekadar itu, hampir kesemua perabot dan barangan elektrik di dalam rumah dibelinya menggunakan duit gaji sendiri.

Suami yang sepatutnya memberi nafkah, tetapi berbeza pula dengan kehidupannya apabila dirinya dijadikan sebagai ‘bank’ setiap bulan.

“Aku rasa nak halau je dia. Dah la deposit rumah sewa pun duit aku. Dia bayar sewa bulanan je. Kalau tak cukup duit hujung bulan akan minta dengan aku juga,” katanya dalam pertimbangan untuk berpisah dengan suami.

Seorang isteri kecewa dengan sikap suami. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap suaminya yang ‘lepas tangan’ dan sengaja mengambil kesempatan ke atas kebaikan isteri.

“Banyak beri peluang, jadi suami naik lemak. Lepas ni cakap tak duit dah. Simpan ‘ketat-ketat’ duit sendiri untuk masa kecemasan saja.

“Tengok nanti lama-lama makin naik lemak, lepas tu terus jadi biawak hidup sebab dah sedap guna duit bini. Orang macam ni tak layak jadi suami sebab tak ada rasa tanggungjawab.

“Awal-awal kahwin dah buat kau macam bank dia. Sendiri mahu ingatlah. Nak hidup dengan dia lama lagi tu. Sayangilah diri sendiri dulu,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain