suria

12 tahun kahwin tiada zuriat, wanita ‘sporting’ pasang pelamin untuk suami... Anggap madu macam adik

Syazwani (tengah) sanggup memasang pelamin untuk majlis persandingan suaminya dengan isteri kedua.

SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia memberi kebenaran untuk suaminya berpoligami.

Menerusi video tular, wanita dikenali sebagai Syazwani Mirabilia, 34, dengan rela hati memasang pelamin untuk persandingan suaminya yang berlangsung pada Sabtu.

Bercakap kepada mStar, Syazwani mendedahkan suaminya yang berusia 43 tahun telah berkahwin lain pada Ogos 2023, namun baru kini berkesempatan mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

Syazwani menganggap madunya seperti adik sendiri.

Syazwani menganggap madunya seperti adik sendiri.

"Majlis itu semalam (Sabtu). Suami saya dah nikah dengan isteri kedua pada Ogos hari tu. Tapi semalam baru buat majlis kecil-kecilan.

"Saya buat pelamin untuk suami dan madu saya. Suami tak nak pun buat pelamin semua tu, tapi saya yang nak buat untuk mereka. Saya okay saja untuk kebahagiaan suami.

"Saya dah anggap madu macam adik saya sendiri. Dia bantu lengkapkan apa yang kurang dalam keluarga saya," ujar Syazwani yang menetap di Kulim, Kedah.

Suami tak nak pun buat pelamin semua tu, tapi saya yang nak buat untuk mereka.

SYAZWANI MIRABILIA

Menurut Syazwani, usia perkahwinanya kini mencecah usia 12 tahun namun dia dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Syazwani berkata dia dan madu turut bekerja dengan suaminya, di samping menguruskan bisnes pelamin sendiri yang diusahakan sejak 10 tahun lalu.

"Suami saya buka kedai tayar. Sekarang saya dan madu kerja sekali kat kedai suami. Saya kerja Sumber Manusia (HR) kat situ. Isteri nombor dua kerani.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama kahwin tiada zuriat, wanita diam-diam pinang jiran untuk suami! Dapat madu pada anniversary perkahwinan ke-10 - “Orang cakap saya gila”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tiga hari sekali mak janda hujung lorong hantar makanan kegemaran suami... Wanita tak sangka rupanya berjiran dengan madu!

"Saya memang buat pelamin. Saya ada bisnes buat pelamin dah 10 tahun," ujar Syazwani lagi.

Dalam pada itu, video ketika Syazwani sedang membuat kerja pemasangan pelamin suaminya turut meraih lebih 100,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, Syzwani turut berkongsi sekeping foto ketika dia bergambar dengan suami dan madunya di atas pelamin.

Video tular yang dikongsi menerusi TikTok Syazwani.

Video tular yang dikongsi menerusi TikTok Syazwani.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat Syazwani kuat menempuhi ujian kehidupan, malah ramai mengakui tidak mampu untuk melalui ujian sepertinya.

"Ish serius la akak? Akak telan apa bagi kuat macam ni?

"Semoga dengan kesabaran awak, Allah kurniakan awak cahaya mata.

"Ya Allah, akak baca pasal madu tu sebak terus. Kalau akak tak kuat. Tapi untukmu, terus kuat ya.

"Tahniah awak kerana menjadi seorang isteri yang sangat kuat dan ikhlas. Moga syurga Allah untukmu," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain