suria

Takut kemalangan, pemuda hati kering tak bagi sahabat pinjam kereta... Lebih rela beri duit

Kereta amar penting dalam kehidupan harian seseorang. -Gambar hiasan (kanan)

KEIKHLASAN dalam persahabatan sering diukur dengan melihat kesanggupan untuk mengharungi susah senang bersama.

Mana tidaknya, ketika diri dilanda musibah, individu bergelar sahabat pastinya diharapkan untuk hadir bagi mendengar luahan emosi dan menghulurkan pertolongan.

Namun, dalam hubungan persahabatan bukan semua perkara boleh dikongsikan atau dikorbankan.

Tidak semua orang dikurniakan rezeki untuk memiliki sebuah kereta. -Gambar hiasan

Melalui satu video tular di TikTok, seorang pemuda memberikan jawapan kontroversi mengenai permintaan seorang rakannya.

Menurut pemuda berkenaan, rakan tersebut meminta budi bicaranya untuk meminjamkan kereta bagi kegunaan urusan mustahak, namun ia akhirnya ditolak.

"Macam-macam benda yang kalau kau minta, aku boleh bagi pinjamkan, aku tak kisah. Tapi jangan satu perkara ni je iaitu kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang pinjam barang, kemudian kacau mekanik buat kerja! Tauke bengkel bengang pelanggan tak tahu malu, buat macam kedai sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak bisnes maju terus nak pinjam duit... Wanita ini dedah tak semua peniaga kaya, kedai ramai pelanggan tapi untung sikit

"Kita kenal kawan-kawan kita macam mana, ada yang pandu kereta macam orang 'gila' dan ada juga yang kaki tekan minyak je tapi brek tak pandai tekan.

"Jadi aku sebagai tuan kereta ni, sebagai empunya badan, mestilah rasa takut walaupun aku kenal kau sebagai seorang sahabat.

"Sebab tu bila ada kawan yang datang tanya nak pinjam kereta, aku memang terus 'goyang'," kata lelaki tersebut.

Tambahnya lagi, permintaan meminjam kereta adalah lebih berat untuk dipertimbangkan jika dibandingkan dengan permintaan rakan untuk meminjam duit.

Pernah ada kawan minta pinjam kereta, aku tak bagi, dia terus label aku 'select' dan tak setia kawan.

WARGA MAYA

"Kalau contohnya pinjam duit, itu perkara biasa dan aku boleh bagi tapi kalau nak pinjam kereta ni, Ya Allah takutnya rasa dengan memikirkan kau pula pandu macam mana.

"Walaupun ada kamera papan pemuka (dashcam) sekali pun, aku tak akan percaya kau. Lepas tu mereka mula cakap, kata kita sahabat, tak akan nak pinjam kereta tak boleh, tak percaya ke?

"Dia sebenarnya macam ni tau, aku percaya kau sebagai seorang kawan, aku tahu kau tak akan bawa lari atau hilangkan kereta aku.

"Cuma masalah kepercayaan aku adalah pada gaya pemanduan kau, boleh ke kau bawa kereta tu dengan cermat? Itu yang aku tak yakin. Maaf, aku memang tak akan bagi kawan pinjam kereta aku," katanya menutup bicara.

Warga maya menzahirkan kebimbangan sekiranya rakan diberikan kebenaran meminjam kereta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsikan dilema yang sama.

"Bukan setakat member nak pinjam kereta, kadang tu adik-beradik minta pinjam kereta pun aku fikir banyak kali.

"Aku pernah pinjam kereta orang, tapi kawan aku yang bawakan sebab aku tak ada lesen lagi, nak ditakdirkan kami kemalangan di Ipoh, Perak. Jadi aku faham kerisauan abang ni.

"Pernah ada kawan minta pinjam kereta, aku tak bagi, dia terus label aku 'select' dan tak setia kawan.

"Kisah apa aku, yang penting kereta aku selamat, kalau kemalangan, dia mampu ke nak bayar ganti rugi semua?" kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain