suria

Suami buat isteri seperti ‘toys’, kawal hubungan intim elak hamil... Bersungguh tak mahu timang zuriat!

Segelintir pasangan tidak sependapat isu perancangan keluarga sehingga membibitkan pergaduhan. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga.

Demikian juga dengan wanita ini yang teringin untuk menimang cahaya mata baharu selepas berkahwin buat kali kedua.

Namun apa yang menyedihkan, keinginannya untuk memiliki zuriat bersama suami baharu mungkin terpaksa dikuburkan kerana pasangannya tidak mempunyai kemahuan yang sama.

"Teringin nak mengandung dan ada baby. Dah ada seorang anak dengan suami lama. Suami sekarang suami baru. Pernah bincang pasal anak. Tapi ekonomi jadi asbab nombor satu.

"Dulu okay saja manjakan anak yang seorang ini tapi sekarang faham-fahamlah. Alasan anak degil jadi sebab kenapa dah tak rapat dengan anak sekarang," luahnya.

gaduh 2

Anak merupakan anugerah daripada Allah untuk pasangan suami isteri.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, perasaannya lebih terguris apabila melihat layanan suaminya sama sekali berbeza antara anak tiri dengan anak orang lain.

"Dengan anak orang lain okay saja boleh gurau-gurau, layan elok-elok. Tapi dengan anak kita ni.

"Saya pun ada anxiety. Kadang malas fikir sangat, tolak tepi perasaan sendiri. Tapi bukan sepanjang masa (dia) tak okay. Ada saja masa dia okay.

"Kalau 10 tu mungkin tiga daripada 10 macam tu saja masa eloknya. Lain-lain faham sendirilah ya. Bahasa mudahnya macam tak suka sangat," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuntut cerai suami curang 8 kali siap langgan pelacur! Kenal lelaki baik ketika dalam idah, sayangnya dah ada isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM900 curang! Alang-alang rumah tangga runtuh, isteri robohkan sekali rumah 90K yang dibina... Bini baharu nangis tiada tempat tinggal

Disebabkan tidak mahu menimang cahaya mata, wanita ini mendedahkan suaminya begitu bersungguh-sungguh merancang agar dia tidak hamil.

"Macam betul-betul tak nak. Dah rasa diri ni macam toys pun iya. Dah cuba bincang lepas tu tak ada kesan. Suami pun macam lalang. Kadang elok tu eloklah. Mari angin dia... entahlah.

"Tapi fikir balik cara suami baru layan anak sulung, hurmmm sedih. Tak apalah tak ada anak pun.

"Risau diri sendiri makin tawar hati je. Minta nasihat dan doakan hamba Allah ni semua," luahnya lagi.

Dalam rumah tangga tak boleh selfish, apabila berbincang pastikan capai kata sepakat. Macam ni tak ada kata sepakat.

NETIZEN

Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di laman grup Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang simpati ramai yang seolah-olah dapat menyelami perasaannya.

Ada yang menasihatkan supaya wanita berkenaan mengambil pendekatan yang tidak emosional untuk mengelakkan keadaan rumah tangganya menjadi semakin keruh.

Namun rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan 'berundur' supaya tidak bertambah terluka dan makan hati.

komen gaduh

Antara komen entizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Sebaiknya tak payah ada anak dengan suami kedua ni pun tak apa sis. Sekurang-kurangnya jika ada berlaku apa-apa, sis boleh bawa diri sendiri.

"Kalau suami yang mood berubah-ubah, better tak perlulah beranak sis. Mood suami macam lalang, risau nanti anak buat perangai, sis jadi mangsa.

"Red flag dah tu suami awak tu. Dalam rumah tangga tak boleh selfish, apabila berbincang pastikan capai kata sepakat. Macam ni tak ada kata sepakat," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain