suria

“Saya takut sumber tak halal” - Lelaki mulut celupar, tak jaga hati orang nak belanja nasi lemak... Tergamak tolak cara kasar!

Fia Hafiz gemar memberi makanan percuma kepada rider.

AMALAN belanja orang makan dan bersedekah merupakan antara cara mudah untuk mendapatkan pahala.

Maka tidak hairanlah apabila ramai dalam kalangan anggota masyarakat gemar berkongsi rezeki sama ada dengan keluarga, rakan-rakan mahupun orang luar.

Seperti seorang pelayar laman X dikenali Fia Hafiz, dia juga tidak ketinggalan untuk berkongsi rezeki dengan orang lain ketika membeli nasi lemak.

Fia Hafiz merupakan seorang jurucakap jenama.

Fia Hafiz merupakan seorang jurucakap sebuah agensi pengurusan pempengaruh media sosial.

"Tengah beratur nasi lemak, kemudian giliran aku... aku order.

"Kemudian dengar orang belakang (lelaki) order satu nasi lemak. Jadi masa nak bayar, aku cakap dekat akak tu untuk bayarkan sekali orang belakang," luahnya.

Tanpa disedari hasratnya itu didengari individu di belakangnya.

Namun tanpa diduga, lelaki terbabit bersuara dan segera menolak hasrat individu yang mahu membayarkan harga nasi lemaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi lemak, telur rebus ‘auto ghaib’ jika tambah lauk lain! Pelanggan rasa tak adil, tuntut penjelasan peniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi lemak RM1 untuk orang miskin dan kaya, tak berduit boleh ambil free! Penjualnya OKU anak 13, pernah derma hati

Apa yang dikesali adalah cara lelaki berkenaan menolak niatnya untuk bersedekah.

"Eh tak apa... saya takut sumber tak halal," ujar lelaki terbabit.

Kata-kata sinis lelaki itu membuatkan individu berkenaan dan peniaga di kedai tersebut terkejut.

Sekalipun daripada sumber yang haram, kalau si penerima tak tahu... tak ada masalah pun nak makan.

WARGA MAYA

"Aku tergamam. Aku senyum kelat, terus akak (peniaga) tu cakap dekat aku 'tak apa dik, akak belanja awak... awak yang belakang tu pun tak payah bayar, ni sumber halal'," ceritanya lagi.

Berkongsi lanjut tentang insiden itu kepada mStar, individu yang berusia 28 tahun itu mengakui sedih dan pada masa sama berasa malu untuk berhadapan dengan pembeli lain.

Malah kata-kata lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi di Bangi, Selangor itu masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya sehingga kini.

Pun begitu, dia yang bekerja sebagai jurucakap sebuah agensi pengurusan pempengaruh media sosial menzahirkan rasa syukur kerana peniaga nasi lemak berkenaan segera menjernihkan suasana.

Antara rider yang menerima sumbangan makanan daripadanya.

Antara rider yang menerima sumbangan makanan daripadanya.

"Dia betul-betul berada di belakang saya dan di belakangnya masih ramai lagi sedang beratur. Saya harap mereka tak dengar.

"Memang saya selalu belanja orang, kadang-kadang sedekah sejadah pada rider dan beri makanan. Hari ini (Khamis) niat beli nasi lemak tu untuk dua orang staf dan saya sendiri. Tapi selepas insiden tu, saya berikan semua kepada staf... rasa terkilan nak makan," katanya yang pertama kali melalui situasi seumpama itu.

Luahannnya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya berasa sedih kerana niat baiknya dipandang hina oleh individu yang disifatkan sebagai sombong dan tidak beradab.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu yang dipercayai rakan-rakannya tampil memberikan kata-kata semangat.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

"Mesti brother tu terkedu kena smash indirectly dengan akak nasi lemak. Tu balasan bagi orang yang sombong, tak apa Fia... jangan ambil hati.

"Kalau aku pun tergamam sebab terkejut, tak ada sesiapa yang boleh jangkakan 'jawapan' balas seperti itu.

"Mengenali you, I memang tahu you suka tolong orang dan sedekah," ujar beberapa kenalannya.

Netizen juga tidak ketinggalan meninggalkan komen positif dan mendoakannya supaya terus dimurahkan rezeki.

"Sekalipun daripada sumber yang haram, kalau si penerima tak tahu... tak ada masalah pun nak makan. Inikan daripada kakak cantik.

"Dia missed banyak benda, satu konsep bersangka baik. Kedua, menerima sedekah even daripada sumber syubahah adalah harus. Kalau sungguh tak mahu, tak salah tolak elok-elok.

"Sangat biadab! Nak terima atau tidak orang belanja tu biarlah beradab.

"Memang ada orang kat dunia nia dia fikir dia terpaling suci, terpaling tak ada dosa," tambah beberapa warga maya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain