suria

Dengar semula rakaman piknik di sungai, jelas suara perempuan mengilai tapi dinafikan orang kampung

Seorang wanita menyangka diganggu unsur mistik ketika berkelah.

HUTAN tebal dengan pokok-pokok tinggi dan rimbun merupakan 'rumah' untuk pelbagai jenis makhluk.

Ketika memasuki kawasan rimba, seseorang itu haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga adab serta kata-kata kerana mungkin ada bahaya yang menanti.

Seorang wanita berdepan detik meriding bulu roma setelah melihat kembali rakaman video ketika dia sekeluarga berkelah di sebatang sungai dipercayai di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Melalui satu perkongsian di TikTok, wanita itu berkata mendengar suara latar seperti sesuatu sedang mengilai dalam video yang dirakam ketika mereka sibuk menyusun atur tempat berkelah.

"Itu la, ambil port hujung-hujung lagi, akhirnya ada benda sambut. Memang tak tahu suara siapa, bila tengok balik video baru perasan.

"Ahli keluarga yang lain pun tanya suara siapa tu, 'dia' macam seolah-olah tengah gelak. Nak cakap suara orang, tak mungkin sebab kalau dengar balik dalam video, agak kuat, mustahil kami tak perasan waktu di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda teruja jumpa sungai di R&R, sayangnya tak ramai orang... rupanya ada cerita, penduduk tempatan lebih tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab nak luruh jantung penumpang mengilai waktu Maghrib, bagi salam pun tak jawab... rupa-rupanya ada ‘sejarah’ dengan cik ponti!

"Punca bunyi tu pun macam dekat je. Lagi satu, waktu saya rakam video tu, di sebelah saya cuma ada lelaki, tapi suara dalam video tu mengilai seperti seorang perempuan," kata wanita itu penuh persoalan.

Lebih menguatkan sangkaan wanita tersebut bahawa insiden itu ada unsur mistik apabila suara berkenaan mampu mengatasi bunyi aliran sungai yang deras.

"Sebelah tempat kami berkelah tu pun tak ada sesiapa, kami dah paling hujung sekali ni. Lagipun bunyi air sungai tengah deras waktu tu, macam mana boleh lagi jelas suara mengilai tu?

Kenal sangat dah bunyi dia. Dulu masa kecil saya selalu sahut bunyi mereka, nanti mereka sahut balik.

WARGA MAYA

"Terus meremang badan ni dengar balik, apa pendapat kalian?" katanya meminta kepastian daripada warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen yang lebih arif tampil membongkar misteri tersebut dan merungkai kebenaran yang sebetulnya.

"Bunyi mengilai tu ialah haiwan ungka atau lotong, dulu kawasan rumah saya banyak 'mereka' ni. Kenal sangat dah bunyi dia.

Haiwan ungka atau lotong yang menghasilkan bunyi seperti mengilai. -Gambar hiasan

"Dekat rumah mak saya pun selalu ada bunyi mirip macam ni juga. Itu bunyi lotong ataupun kera. Dulu masa kecil saya selalu sahut bunyi mereka, nanti mereka sahut balik.

"Itu bunyi ungka, boleh cam terus, saya selalu dengar dekat rumah saya di Gunung Soga, Batu Pahat, Johor ni. Nampak sangat akak ni orang bandar," jelas sebahagian warga maya.

Wanita itu yang terkejut dengan pendedahan tersebut lantas memohon maaf.

"Maafkan kami orang bandar, sebab tak nampak datang daripada mana bunyi tu. Itu ingat ada hantu ke apa," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain