suria

Terkejut dengar harga beras kampit besar, aunty Cina terus capai paket 1kg... Sampai di kaunter ‘cashier’, ada rezeki menanti!

Harga beras yang kian meningkat sememangnya amat dirasai oleh golongan kurang berkemampuan. -Gambar hiasan The Star

PASTI ramai dalam kalangan kita pernah mendengar ungkapan, 'dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain'.

Justeru golongan berkemampuan digalakkan untuk membantu apa saja termampu bagi meringankan beban mereka yang berada dalam kesempitan.

Namun harus diingat, tidak semua individu yang memerlukan bantuan mahu berkongsi masalah kerana didorong rasa malu.

Oleh itu sebagai anggota masyarakat, kita sewajarnya lebih cakna dengan keadaan sekeliling sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini dalam satu hantaran di Facebook.

"Petang tadi time nak pergi kemas-kemas gerai, singgah sekejap beli barang dekat Speedmart. Sajalah belek-belek beras dekat rak kot-kot ada harga murah.

"Tengah belek-belek, adalah seorang aunty ni belek-belek beras juga. Alang-alang dia nampak Iera, dia tanyalah berapa harga beras lima kilogram (kg).

beras 2

Inisiatif jualan rahmah sedikit sebanyak meringankan beban rakyat. -Gambar hiasan

"Dik, berapa harga beras tu?"

"Dalam RM20 lebih juga tu aunty.

"Banyak mahal barang-barang sekarang, semua sudah naik'.

"Sambil-sambil tu dia pegang letak, pegang letak beras paket kecil yang satu kilogram tu," kongsi wanita yang hanya menggelarkan diri sebagai Iera.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan RM30 sehari, mekanik hanya mampu besarkan 12 anak dalam pondok buruk... Beras 10kg habis dalam masa 2 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa hutang beli beras, telur nak isi perut anak... Rider ibu tunggal ini hampir ‘patah kaki’, motosikal nak kena angkut

Ujarnya, wanita tua berbangsa Cina itu kemudian mengambil paket beras 1kg dan meminta diri.

Sebelum membuat pembayaran di kaunter, warga emas itu singgah di rak roti dan mengambil bungkusan yang kecil.

"Sampai dekat kaunter, dia beratur belakang Iera. Dalam hati dah mula rasa kesian. Iera minta dia pergi depan, letak barang tu dekat kaunter.

"Time cashier kira, Iera terus tolong bayarkan. Mula-mula dia tak bagi Iera bayar, malu katanya. Tapi Iera cakap dekat dia, 'tak apa aunty, ni rezeki aunty hari ini," kongsinya lagi.

Di luar sana macam-macam kisah berlaku depan mata sendiri...dah ambil barang, kira dulu sendiri sebelum pergi ke kaunter cashier.

NETIZEN

Ujarnya, warga emas berkenaan berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum berlalu.

Apa yang membuatkan wanita itu lebih sayu, warga emas itu hanya mengayuh basikal.

"Kalau dulu 5kg memang menjadi pilihan, sekarang ada yang sanggup ambil yang 1kg. Padahal 1kg tu lagi mahal kot harganya, tapi nak buat macam mana, itu saja yang mampu dibeli harini.

"Allahuakhbar, sebak rasa. Silap Iera tak tanya aunty tu duduk mana, sebab memang nak cepat tadi.

"Iera doakan kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dan kita dapat bantu lebih ramai lagi.

"Walaupun nampak kecil tapi besar nikmatnya, insyaAllah, moga kita mampu buatkan ramai lagi yang tersenyum," kongsinya.

komen beras

Rata-rata netizen memuji wanita berkenaan yang berkongsi rezeki dengan individu kurang berkemampuan.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya memuji kemuliaan hati wanita berkenaan yang tidak teragak-agak berkongsi rezeki dengan individu yang dalam kesempitan.

"Inilah salah satu kisah, di luar sana macam-macam kisah berlaku depan mata sendiri...dah ambil barang, kira dulu sendiri sebelum pergi ke kaunter cashier, ada yang diletakkan semula di rak sebab duit tak cukup.

"Betul... saya sanggup beratur dekat jualan rahmah semata-mata nak beli beras. Nasib baik dapat beli harga murah daripada pasaraya.

"Betul, yang kecil-kecil tu lagi mahal tapi nak buat macam mana. Yang tu ja yang mampu buat masa tu... rezeki lain-lain. Semoga murah rezeki kita semua," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain