suria

‘Makcik dodoi’ popular sekelip mata, kini jadi ‘mak online’ rakyat Malaysia! Anak tak cemburu, nak datang rumah pun boleh

Makcik dodoi menjadi selebriti media sosial selepas video di TikTok miliknya meraih jutaan tontonan.

POPULAR dalam sekelip mata!

Video seorang warga emas yang sedang berzikir seperti ibu mendodoikan bayi meraih 10 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Video tular itu menyebabkan peniaga kedai runcit, Che Mas Mat Yusof, 65, meraih populariti luar biasa sehingga digelar 'makcik dodoi'.

WhatsApp Image 2023-11-04 at 12.21.54 PM

Makcik dodoi mempunyai enam anak dan 11 cucu.

Anak kepada warga emas itu, Noraini Che Kamaludin, 39, berkata dia tidak pernah menyangka ibunya yang menetap di Bera, Pahang, kini terkenal di seluruh Malaysia.

"Saya tahu mak saya ada akaun TikTok. Cucu dia yang daftarkan akaun TikTok tahun lepas. Saya juga tahu dia buat video selawat di TikTok, tak sangka pula jadi viral.

"Saya tengok makin lama makin naik views. Ramai juga yang buat content guna suara mak saya. Sekarang ramai netizen panggil mak saya sebagai 'mak online' mereka.

Ramai juga yang minta saya kirim salam dekat mak. Mereka kata terubat rindu pada arwah ibu selepas tonton video mak saya.

NORAINI CHE KAMALUDIN

"Sebagaimana mak dodoi dalam video TikTok, begitulah juga cara dia dodoi enam anak dan 11 cucu. Personaliti dia ceria. Kat luar dan dalam video sama saja," ujarnya kepada mStar.

Menurut Noraini lagi, dia juga terbuka sekiranya ada mana-mana individu mahu menziarahi kediaman mereka selepas ibunya mula dikenali ramai.

"Mak pun tahu video dia dah viral di TikTok. Dia sendiri tak sangka jadi macam ni. Tapi mak okay, dia gelak-gelak je.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan bertukar rezeki! ‘Makcik amazing’ ajak 3 siswi balik rumah, beri layanan ‘tip top’ macam program anak angkat

ARTIKEL BERKAITAN: Individu rakam video ‘makcik tapau’ cerita kejadian depan mata... Pelan-pelan halakan kamera rakam bukti!

"Ramai juga yang minta saya kirim salam dekat mak. Mereka kata terubat rindu pada arwah ibu selepas tonton video mak saya. Alhamdulillah, semua komen positif.

"Jika ada yang nak datang ziarah, apa salahnya. Dan setakat ini, memang ada yang dekat-dekat dah datang melawat mak saya, mereka siap buat video lagi," dedah Noraini lagi.

Bercerita mengenai keluarganya, Noraini berkata kedua-dua ibu bapanya berasal dari Kelantan, namun mereka kini menetap di Pahang.

"Dah 40 tahun mak ayah berniaga kedai runcit. Mereka asal Kelantan, tapi pindah ke Pahang untuk masuk tanah rancangan Felda suatu masa dulu.

WhatsApp Image 2023-11-04 at 12.23.40 PM

Che Mas mengusahakan kedai runcit sejak 40 tahun lalu.

"Mak dan ayah ada dua kedai runcit yang berdekatan, kini mereka dibantu oleh adik nombor lima dan adik bongsu saya. Saya pula dah kahwin dan menetap di Shah Alam, Selangor.

"Alhamdulillah, mak masih sihat walafiat sampai hari ni. Setiap hari dia buka kedai runcit seawal 6.30 pagi. Ayah juga masih sihat, cuma ada diebetes," ceritanya lagi.

Untuk rekod, akaun TikTok milik warga emas itu kini mempunyai hampir 60,000 pengikut.

Malah, video-video yang dikongsi turut mencecah jutaan atau ratusan ribu tontonan selain dibanjiri dengan komen-komen positif netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain