suria

Netizen kongsi pengalaman makan nasi goreng di Sabah, Sarawak! Pelik hidangannya, tapi sedap kalau dimasak di rumah

Nasi goreng boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut selera masing-masing. -Gambar hiasan The Star

SETIAP orang mempunyai selera dan cita rasa tersendiri dalam memilih makanan untuk dinikmati.

Apabila sesuatu hidangan itu disifatkan sebagai 'kena dengan tekak', biasanya ia berkait rapat dengan tempat asal atau negeri kelahiran seseorang.

Baru-baru ini beberapa pelayar dipercayai dari Semenanjung membangkitkan perbincangan di platform X mengenai masakan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

Sabah popular dengan makanan laut yang segar. -Gambar hiasan The Star

Menerusi ciapan tersebut, seorang lelaki yang difahamkan bekerja di Sabah memaklumkan bahawa seleranya tidak serasi dengan makanan negeri di bawah bayu itu.

"Tahun 2015 aku mula bekerja di Sabah, waktu tu aku belum pantang gula. Sepinggan nasi goreng harga RM7, aku rasa tak sedap.

"Tahun 2023, masih di Sabah, aku dah berpantang gula dan badan aku terasa 400 kali lebih sihat. Sepinggan nasi goreng kini harga RM12, tetap rasa tak sedap.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘bertuah’! Kawan tak sentuh makanan dibawa untuk jamuan, sanggup letak di tong sampah - “Besar nanti lebih banyak rejection”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan tulis ‘nota kecewa’ selepas makan! Kritik tomyam tak sedap tapi dalam mangkuk tiada isi, kuah tinggal sikit

"Terimalah hakikat kedai makan di Sabah memang tak sedap. Tapi kalau dekat sekolah ada potluck, cikgu-cikgunya masak sedap. Maknanya orang Sabah boleh masak sedap tapi mereka tak buka kedai," ujarnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya yang pernah menetap di Sabah berkongsikan perspektif mereka berhubung topik yang dibincangkan.

"Hari pertama sampai Sarikei, Sarawak, hantar isteri kerja di sana. Makan tengah hari order nasi ayam buttermilk, rupanya resipi buttermilk di sana cuma letak susu pekat manis dalam kuah tanpa perlu disebatikan.

Kelebihan kami adalah memasak makanan bersup seperti sup ikan, soto dan bakso, boleh cuba.

WARGA MAYA

"Saya pernah order nasi goreng ayam, tapi apabila sampai makanan, tak nampak ada rupa ayam pun dalam nasi goreng tu. Apabila saya tanya, katanya dah masukkan kiub pati ayam waktu masak tadi.

'Waktu di sana, pernah order nasi goreng USA, yang sampai cuma nasi goreng telur mata dengan dua batang sosej, murungnya rasa. Kalau duduk sana lama mesti boleh susut badan.

"Saya sebagai orang Sabah boleh sahkan perkara ini. Kelebihan kami adalah memasak makanan bersup seperti sup ikan, soto dan bakso, boleh cuba," jelas sebahagian warga maya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Ada juga warga maya yang berpandangan topik ini tidak boleh 'pukul rata' kerana selera makanan bergantung kepada individu itu sendiri.

"Di Sabah ni ada banyak seafood tapi cara masakan mereka tak kena dengan kita. Aku pernah masak tomyam yang penuh dengan segala udang sotong, tapi mereka tak suka sebab katanya pedas sangat.

"Aku orang Sabah, pernah kawan Semenanjung datang sini, mereka cakap makanan kami tak sedap sebab tawar, tapi bagi aku okay je. Tapi apabila aku pergi ke Semenanjung, aku pula rasa makanan sana pedas dan berat, tak boleh masuk.

"Ini merupakan cita rasa masing-masing, kita tak boleh nak cakap itu sedap dan ini tak sedap," antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain