suria

Pemandu X70 ‘balut’ RM100 dalam duit kertas RM10, kongsi rezeki dengan rider baik hati... Kucing terbaring atas jalan jadi asbab

Pemandu X70 memberi wang berjumlah RM110 kepada rider tersebut kerana membantu mengalihkan kucing.

PASTI ramai yang biasa mendengar ungkapan 'mudahkan urusan orang lain, kelak urusan kita akan dipermudahkan'.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan seorang pekerja syarikat penghantaran makanan (rider) ini mengenai insiden yang tidak terduga apabila dia mendapat 'rezeki terpijak'.

Dalam perkongsiannya di akaun I'm Shahrul di aplikasi TikTok, rider tersebut berkata ketika itu dia sedang berehat di tepi jalan sambil menunggu pesanan makanan daripada pelanggan.

"Lepak tepi jalan tunggu order masuk. Ada kucing baring belakang X70 nak reverse. Aku pun turunlah daripada motor nak halau kucing tu sebab aku takut kucing tu kena lenyek tayar X70," kongsinya.

RIDER 2

Dua keping not RM50 yang dibalut didalam not RM10.

Tanpa menjangka apa-apa, rider tersebut bagaimanapun terkejut apabila dia kemudiannya didatangi pemandu kenderaan SUV tersebut.

"Lepas kereta tu reverse, dia berhenti lama depan aku... Ingatkan tunggu orang, rupanya dia turun nak bagi duit dekat aku. Cakap nak kongsi rezeki sikit," kata rider berkenaan lagi.

Siapa kata kucing tak bawa rezeki... Asbab kucing, Allah balas on the spot. Teruslah berbuat baik ya.

NETIZEN

Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka apabila melihat jumlah wang yang diterima daripada pemandu kenderaan tersebut.

"Mula-mula ingat RM10, RM60... buka-buka je RM110. Alhamdulillah terima kasih orang baik," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... rider gembira dihadiahkan kasut terpakai, tak mahu pakai pergi kerja tapi nak simpan untuk jalan-jalan - “Dah lama perasan kasut kerjanya lusuh”

ARTIKEL BERKAITAN: Main hulur kotak je tapi siap tulis terima kasih... gadis rasa bersalah, mohon maaf jika geng rider anggap kurang sopan - "Kalau ada baki kira sedekah"

Daripada gambar yang dimuat naik, kelihatan dua keping not RM50 sengaja dilipat di bahagian dalam dan dibalut dengan sekeping not RM10.

Perkongsian rider berkenaan sehingga kini meraih lebih 455,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Ternyata, perkongsian video tersebut menyentuh hati warga maya yang menyifatkan kedua-dua insan berkenaan memiliki hati yang mulia.

KOMEN RIDER

Netizen turut terkesan dengan perkongsian kisah rider tersebut.

"Awak mesti orang yang baik. Sebab itu Allah hadirkan orang yang baik untuk awak.

"Siapa kata kucing tak bawa rezeki... Asbab kucing, Allah balas on the spot. Teruslah berbuat baik ya.

"Dia bungkus duit RM50 dengan duit RM10. Memang niat dia daripada awal nak beri awak sebanyak itu.

"Buat baik dibalas baik tanpa disangka-sangka," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain