suria

Asyik salahkan jin restoran melingkup, buat sentimen Melayu tak ‘support’... Ini 9 ‘dalil’ punca bisnes rugi, bab tandas paling tepat!

Pelbagai faktor memainkan peranan penting untuk menarik minat pelanggan, antaranya kebersihan. -Gambar hiasan

JATUH bangun, untung rugi sememangnya adat resam dalam dunia perniagaan termasuklah mereka yang mengusahakan bisnes berasaskan makanan.

Sama ada berniaga di gerai ataupun restoran, bukan mudah sebenarnya untuk bertahan.

Selain persaingan, terdapat pelbagai faktor lain yang menjadi punca mengapa sesebuah perniagaan tidak mampu menjana keuntungan hingga akhirnya 'lingkup' atau gulung tikar.

Namun ada segelintir pengusaha gemar mengaitkan situasi ini dengan unsur mistik, sedangkan sebenarnya ada perkara lain yang mungkin menjadi penyebab perniagaannya tidak mendapat sambutan.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu tampil berkongsi pendapatnya mengenai punca mengapa sesetengah perniagaan makanan gulung tikar hanya selepas beberapa bulan beroperasi.

bomoh

Sesetengah masyarakat kita cenderung mengaitkan unsur mistik jika perniagaan tidak mendapat sambutan. -Gambar hiasan

"Janganlah kerjanya asyik nak salahkan jin dan syaitan lepastu salahkan bani Melayu sebab tak support. Meh (mari) aku list punca-punca bisnes korang melingkup.

"Pertama, tak sedap... masak macam tak guna otak. Contohnya puak-puak yang buat masakan western. Kedai western yang melingkup rata-rata sebab masakannya tahap bebal. Masakan kau pergi ikut ajaran cef Melayu yang sesat, sah-sah la tak sedap dan mengarut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan minta tutup pintu tandas sebab geli nak makan... anak buat sepah, kotorkan sekeliling meja tak geli pula!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tempat viral paling tak best dalam sejarah keluarga” - Famous tapi kotor teruk, staf sombong! Gerai roti canai saranan ‘Google’ tak layak dapat walau 1 bintang

"Kedua, harga mahal tapi kualiti tak ada. Ketiga, kedai masakan panas ni signature dia adalah nasi goreng. Kalau nasi goreng pun gagal nak buat dengan betul, apatah lagi masakan lain," kongsinya.

Selain itu, individu berkenaan juga menegur mengenai suasana sesetengah kedai yang suram dan sendu, selain nama kedai yang diletakkan juga tidak sesuai ataupun gagal menarik perhatian.

Tambahnya lagi, satu faktor yang paling penting namun mungkin dianggap remeh adalah layanan terhadap pelanggan.

makanan

Keenakan makanan yang disajikan menjadi faktor utama yang menarik pelanggan. -Gambar hiasan

"Pekerja kedai lagi-lagi yang perempuan apabila orang datang jenis muka kelat, senyum pun tidak. Lepas tu apabila pelanggan minta nak air suam, nak sambal belacan, budu extra, nak order lagi... patutnya kena senyum biarpun tak ikhlas.

"Terlalu kerap saudara-mara datang sampai separuh kedai penuh, port meja yang best pun customer tak boleh duduk.

"Order tak banyak tapi lembab kemain macam order untuk kenduri kahwin. Lepas tu asyik salah hantar order.

Ini memang betul-betul jujur daripada hati. Nasiblah kalau ada yang sentap. Mantap bang!

NETIZEN

"Tandas kotor mengalahkan tandas dekat negara ****. Apabila tandas kotor, automatik pelanggan terfikir macam manalah kebersihan pekerja diorang nak uruskan makanan kalau tandas pun kotor," luahnya lagi.

Keterangan atau 'dalil' pangang lebar tentang sikap pengusahakan kedai makan itu dikongsikan di laman Facebook Kementerian Netizen Malaysia.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 4,600 shares di Facebook selain dibanjiri ribuan komen warga maya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.

komen kedai

Rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.

"Semua betul lagi-lagi bab tandas. Kebanyakan kedai makan dekat Malaysia gagal bab tandas. Tengok kedai tu bukan main lagi cantik tapi apabila nak masuk tandas, terbantut terus hajat.

"Ini memang betul-betul jujur daripada hati. Nasiblah kalau ada yang sentap. Mantap bang!

"Seratur peratus tepat. Dah ada orang tulis panjang-panjang untuk aku. Ini kalau tauke kedai tak sedar diri, boleh pergi melingkup," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain