suria

Pramugari MAS servis ‘tip top’, dipuji pendakwah terkenal AS... Syukur dapat izin solat berdiri dalam kapal terbang, menghadap kiblat

Dr Muhammad Salah memuji Malaysia Airlines di halaman Facebooknya.

SEPERTI namanya yang gah, perkhidmatan dan layanan yang ditawarkan Malaysia Airlines (MAS) sentiasa mendapat pujian dan menjadi buah mulut masyarakat.

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Amerika Syarikat, Dr Muhammad Salah turut menzahirkan penghargaan kepada syarikat penerbangan nasional itu kerana memudahkan urusannya untuk menunaikan solat dalam kapal terbang.

Berkongsi pengalamannya di Facebook, Penasihat Agama Huda Satellite TV yang hadir ke Malaysia itu berkata, dia pada asalnya hanya ingin bertanya sama ada dibenarkan solat di ruang penyediaan makanan atau tidak.

Dr Muhammad Salah tiba di Malaysia bagi membincangkan pelbagai isu termasuk Islamfobia.

Muhammad Salah tiba di Malaysia bagi membincangkan pelbagai isu termasuk Islamfobia.

"Saya ingin berkongsi tentang pengalaman yang dialami semasa berada di dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

"Penerbangan saya terlalu lama dan perlu melakukan dua solat di dalam pesawat sebelum matahari terbenam.

"Selepas mengambil wuduk, saya terfikir untuk meminta izin daripada pramugari jika dibenarkan untuk solat di ruang penyediaan makanan berbanding di tempat duduk," coretnya di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf jika delay sebab anak saya” - Pesawat dah nak terbang semula si kecil masih enggan turun, mujur ada pramugara larat dukung keluar

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak ‘cedera’, penumpang risau tengok pesawat bertampal! Rupanya memang pita pelekat ‘level kayangan’

Namun tanpa disangka, pramugari terbabit membawanya ke ruangan khas untuk solat selain turut dimaklumkan tentang arah kiblat.

Malah katanya, sambutan yang diberikan pramugari terbabit juga sangat menggembirakan.

Bercerita tentang ruangan solat yang disediakan itu, Muhammad Salah menyatakan ia sangat tertutup dan privasi.

Berbanding Air France... mereka mengganggu orang Islam yang cuba solat di kawasan yang sama dalam pesawat.

WARGA MAYA

Hanya seorang sahaja yang boleh solat pada satu-satu masa selain turut ditutup dengan tirai.

"Mereka membawa saya ke kawasan yang ditetapkan solat dan ruangan itu cukup untuk seorang pada satu masa dengan tirai untuk privasi.

"Bukan itu sahaja, mereka juga membantu saya dalam hal kiblat dan membolehkan saya menunaikan solat dengan tenang, berdiri serta menghadap kiblat," luahnya lagi.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Di akhir penulisannya, pendakwah itu turut mengucapkan terima kasih atas layanan yang diberikan kepadanya.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya menyambut baik kedatangan Muhammad Salah ke Malaysia.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman manis dan pahit untuk solat dalam pesawat ketika berada dalam kapal terbang luar negara.

"Alhamdulillah, selamat datang ke Malaysia. Saya sangat berbesar hati dan bertuah kerana Muhammad Salah ada di sini.

Dr Muhammad Salah (kiri) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwah terkenal Zimbabwe, Mufti Menk.

Muhammad Salah (kiri) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwah terkenal Zimbabwe, Mufti Menk.

"Saya mempunyai pengalaman serupa semasa melancong ke New Zealand. Saya hanya mencuba nasib bertanya sama ada terdapat ruang untuk solat dan dia memberi saya tempat duduk berlangsir sambil menyatakan saya boleh solat di sini kerana perjalanan selama 16 jam.

"Alhamdulillah untuk pengalaman yang baik dengan Malaysia Airlines kami. Selamat datang ke Malaysia," ujar beberapa warga maya.

Pada Ahad Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan ulama terkenal Zimbabwe Dr Mufti Ismail Menk, Muhammad Salah dan Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia di Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain