suria

Ibu ‘putus nyawa’ dalam tidur, derita tunggu anak mungkir janji buka puasa bersama - “Makcik tu masuk bilik dia tanpa makan”

Seorang ibu menunggu anaknya datang ke pusat jagaan namun tidak muncul-muncul. -Gambar hiasan

KISAH membabitkan ibu bapa yang dihantar ke pusat jagaan orang tua-tua pada usia senja atas pelbagai alasan bukan isu baharu dalam masyarakat.

Ada yang bersetuju namun lebih ramai membantah kerana ia disifatkan sebagai tindakan tidak mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa membesarkan mereka.

Baru-baru ini seorang pelayar Facebook berkongsi satu lagi kisah meruntun jiwa membabitkan seorang ibu warga emas di sebuah pusat jagaan.

Kisah membabitkan wanita yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata itu diceritakan semula oleh Shafa Nizam setelah ia dikongsikan seorang ustaz menerusi ceramah agama.

Seorang ibu pastinya gembira sekira dilayan dan diberikan perhatian penuh oleh anak-anak. - Gambar hiasan.

Ceritanya berlaku di bulan puasa, di mana si ibu begitu teruja apabila mendengar perkhabaran bahawa anaknya yang sudah dua tahun tidak bersua mengajaknya iftar bersama.

“Dua tahun tak datang jumpa mak. Tiba waktu puasa janji nak datang ambil mak di rumah orang tua untuk berbuka sekali.

“Si mak ni punya teruja, pukul 5 pagi sudah bersiap. Sedangkan anak nak datang ambil 5 petang. Sampai doktor yang di rumah orang tua tu cakap dia pakai baju cantik,” imbas Shafa.

Menurut si ibu, dia sengaja bersiap awal kerana tidak mahu anaknya menunggu lama jika sampai waktunya nanti.

Namun menurut cerita Shafa lagi, walaupun sudah ditunggu sejak awal tadi, anak makcik tersebut tidak muncul-muncul.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu seram sejuk tiba-tiba anak sulung umur 3 tahun meraung panggil kakak... “Mummy belakang kamera dah mengucap panjang”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada life sendiri, tak boleh berkepit 24 jam

“Bayangkan sampai pukul 5 petang tak datang ambil. Pukul 6 petang masih tak ambil. Sampai lepas waktu berbuka tak datang.

“Makcik tu masuk dalam bilik dia tanpa makan walau sebutir nasi. Dia terus tidur,” katanya.

Lebih memilukan, difahamkan wanita lanjut usia itu dijemput Ilahi ketika dalam tidur.

Tak mengenang jasa, jangan menyesal suatu hari nanti anak akan buat macam tu dekat awak juga.

NETIZEN

“Bayangkan esok pagi apabila doktor gerak dia dah meninggal. Ya Allah sayunya hati. Doktor cakap makcik tu meninggal dalam keadaan tertekan.

“Allahuakbar, jadikan cerita ni sebagai satu tauladan buat aku. Janganlah kau bolak balikkan hati ini,” katanya.

Hantaran tersebut menerima lebih 2,600 tanda suka dan dikongsikan lebih 3,200 kali di Facebook.

Ternyata orang ramai begitu tersentuh dengan nasib yang menimpa ibu berkenaan apabila pengakhiran hayatnya dalam keadaan merindui anak-anak.

"Allah sedihnyaaa. Tergamaknya anak-anaknya buat orang tua macam tu. Minta jauh daripada keluarga keturunanku sebegitu.

Komen netizen di Facebook.

"Allahuakbar, sedihnya. Sebagai seorang ibu dapat merasakan bagaimana perasaannya menunggu anak-anak yang janji nak ambil tapi tak datang.

"Anak tak mengenang jasa. Jangan menyesal suatu hari nanti anak awak akan buat macam tu dekat awak juga,” demikian antara komen netizen.

Sebagai peringatan bersama, anak-anak seharusnya merebut peluang untuk berbakti kepada orang tua selagi diizinkan Allah.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

"Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’.

"Janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain