suria

Gelinya! Meja kantin berkerak diselaputi habuk, kain lap bertukar warna hitam - “Kalau busy sangat, ibu bapa boleh tolong bersihkan”

Meja di kantin yang berwarna hitam diselaputi habuk.

SEJAK sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula pada Isnin, pelbagai perkongsian mengenai ragam pelajar yang dipaparkan di media sosial.

Namun dalam satu perkongsian yang agak berbeza, warga maya dikejutkan dengan video yang memaparkan keadaan meja kantin di sebuah sekolah rendah yang teramat kotor.

Menerusi video berdurasi sekitar 26 saat yang dikongsikan di akaun TikTok @a_a_f_a0, kelihatan ratusan murid sedang menikmati hidangan di kantin ketika waktu rehat.

Namun apa yang agak menyedihkan, disebabkan bilangan pelajar yang agak padat, beberapa pelajar terpaksa menikmati makanan di meja kantin yang sangat kotor sehingga jelas berwarna kehitaman.

Seorang penjaga yang berada bersama murid-murid berkenaan cuba mengelap meja menggunakan sehelai kain dan ternyata kotoran pada meja tersebut terlalu tebal sehingga sukar dibersihkan.

kantin 1

Murid terpaksa makan di meja berkenaan kerana ketiadaan meja lain.

Malah kain yang digunakan penjaga itu juga kelihatan berwarna hitam menandakan meja tersebut sudah tidak dilap untuk jangka masa lama.

"Kita ni bukanlah nak suruh layan anak kita macam raja. Tapi berilah kebersihan sikit untuk anak-anak di sekolah ini.

"Kalau busy sangat, kami ibu bapa boleh tolong bersihkan," demikian kapsyen yang mengiringi perkongsian video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru terdiam lihat anak murid pakai mask kotor, siap berjahit dengan benang hitam - “Bagi yang berduit, mungkin tiada masalah”

ARTIKEL BERKAITAN: Datang pakai baju lusuh, tapak kasut nak tercabut... Wanita ini tak sanggup tengok, kisah di pondok sekolah buat ramai sebak

Ternyata, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa jijik melihat meja kantin itu.

"Sekolah mana tu? Kesian anak-anak. Menangis saya tengok sebab anak-anak tak tahu apa-apa, letak je makanan dan makan dengan happy," luah seorang individu di ruangan komen.

Ada yang berpendapat pihak pengusaha kantin ataupun pihak sekolah sepatutnya melakukan persediaan lebih awal sebelum sekolah dibuka.

Ini meja tangkap muat dari stor... tak ready ni. At least orang kantin lap la bersih sikit.

NETIZEN

"Orang kantin lain seminggu sebelum buka sekolah dah siap cuci-cuci kantin.

"Tengok meja lain bersih tapi meja ni saja kotor. Mungkin baru dikeluarkan dari stor tak sempat nak cuci sebab murid ramai.

"Ini meja tangkap muat dari stor... tak ready ni. At least orang kantin lap la bersih sikit," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, sebahagian lagi mencadangkan agar ibu bapa melaporkan perkara berkenaan kepada Pengetua ataupun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk tindakan lanjut.

komen kantin

Warga maya meluahkan rasa jijik melihat meja yang terlalu kotor.

"Report Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) biar sita kantin sekolah, tak pun report pejabat pendidikan supaya pemaju lain boleh ambil alih kantin.

"Boleh buat report. Tunjuk bukti report di Kementerian Pendidikan. Pengusaha kantin sekolah boleh dikenakan tindakan," demikian pandangan netizen.

Bagaimanpun pemilik video berkenaan mengesahkan bahawa laporan sudah pun dibuat kepada pihak yang berkaitan.

Sehingga kini, video tersebut meraih 208,000 jumlah tontonan di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain