suria

“Tatu tetap tatu!” - Ramai bimbang usaha halalkan perkara haram, trend ‘sulam nama’ mula jadi ikutan

Tatu sulam nama kini menjadi trend dalam kalangan orang Malaysia.

SEJAK akhir-akhir ini media sosial dikejutkan dengan trend terkini dikenali sebagai 'sulam nama' dalam kalangan remaja.

Jika dilihat daripada video yang tular, istilah sulam nama itu tak ubah seperti perbuatan mencacah tatu di badan namun ia dikatakan bukan bersifat kekal.

Difahamkan perkhidmatan sulam nama yang disediakan pakar kecantikan ini boleh hilang dalam masa tiga bulan sehingga setahun.

Malah spa dan beberapa klinik kecantikan juga turut mempromosikan teknik sulaman ini dengan mengatakan ia bukan mencacah tatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Trend Artis Mencacah Tatu, Ia Tetap Haram Walaupun Sementara

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Tahu Solat Saya Sah” – Adam Corrie

Susulan itu orang ramai mula cemas dengan penularan trend berkenaan kerana dibimbangi menjadi ikutan anak muda beragama Islam.

“Sayang... ini cara mencacah tatu. Panggillah ia sulam, silam atau salam pun, tatu tetap tatu.

“Memanglah tak kekal lama sebab prosedur tak menembusi cukup dalam (kulit) untuk menjadi lebih kekal... But this is still tattooing,” tulis pelayar Twitter yang berkongsi video berkenaan.

Antara komen netizen.

Hantaran itu ternyata turut tidak disenangi ramai yang rata-rata mengingatkan bahawa mencacah tatu atau sulam nama ini juga bertentangan dengan hukum syarak kerana tidak boleh ditanggalkan dan bukan telus air.

"Nak sedapkan hati cakap sulam.

"Bersungguh nak halalkan sesuatu benda atau cara. Sama macam sulam bedak, pemerah pipi dan bibir. Banyak spa dan beautician buat servis ni.

"Sebenarnya saya ingin tahu tentang perkara ini lepas tengok di TikTok. Bila tanya artis pencacah tatu, mereka cakap ia akan pudar lepas satu hingga dua tahun.

"Tapi andai kata saya meninggal lagi tiga bulan. Adakah ia masih akan pudar? Dan mereka berkata tidak. Jika anda mati, air mengalir dari badan, dan tatu kekal selama-lamanya," komen netizen.

Untuk rekod perbuatan membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal seperti muka, lengan dan belakang adalah haram dan dilaknat oleh Allah.

Perkara itu dihuraikan secara panjang lebar di portal e-Sumber Maklumat Fatwa (e-SMAF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain