suria

Murid 8 tahun beli tiket wayang ‘pasaran gelap’ di sekolah, kantoi baki tak cukup... Akhirnya cikgu masuk campur, dapat ‘refund’ RM3

Kanak-kanak ini mengejutkan ibunya apabila hanya membawa pulang wang baki sebanyak RM2.

ANAK kecil yang sedang membesar memang banyak 'akal' dan ragamnya.

Namun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak serta membimbing si kecil walaupun berdepan pelbagai ujian dan cabaran.

Kata kuncinya tentulah sabar dan bertindak dengan rasional.

Seperti wanita ini, dia 'mengurut dada' apabila mendapat tahu anak perempuannya yang berusia lapan tahun ditipu rakan di sekolah.

"Anak aku kena scam! Selalu kita dengar orang dewasa kena scam yang mengaku daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kisah lucu membabitkan kanak-kanak membeli tiket wayang mainan di sekolah.

Rupa bentuk 'tiket wayang' yang diberi di sekolah.

"Tapi kali ni budak sekolah scam budak sekolah! Bagi anak aku RM10 dan minta dia bawa pulang baki RM5. Tapi dia balik dan dia bagi aku baki ini sahaja," tulisnya menerusi perkongsian di TikTok @haslinliao.

Menerusi video yang dikongsikan, si ibu menunjukkan wang baki yang dibawa pulang hanya sebanyak RM2.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkejut anak patut ada di sekolah tercegat depan rumah, alasannya ‘tak tahan’ kawan kencing lama di tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Duit ‘wakaf’ dalam bekas tak pernah kurang, cikgu kagum pelajar susah tapi tak tamak... “Ingat kat kawan-kawan saya juga”

Selepas ditanya berkali-kali, akhirnya anak kecil itu mengaku bahawa dia menggunakan wang tersebut untuk membeli tiket wayang palsu (mainan) yang dijual oleh rakannya.

"Apabila ditanya dia beli apa kat sekolah sampai bawa balik RM2 sahaja? Dia jawab beli tiket wayang ni dengan kawan dia.

"Aku cakap ni tiket palsu. Jadi bayar la dengan wang palsu juga. Lepastu anak aku jawab kawan sekelas dia tu tak nak duit palsu. Nak duit betul-betul," katanya sambil menunjukkan dua keping kertas berwarna merah jambu dan kuning.

Walaupun berasa geram dengan apa yang berlaku, ibu berkenaan masih bersikap profesional dan bertanya dengan baik kepada guru kelas anaknya untuk mendapatkan penjelasan.

Tangkap layar perbualan ibu dengan guru kelasnya anaknya.

Dalam masa sama si ibu berkata dia sudah menghidu sesuatu yang tidak kena apabila anaknya tiba-tiba menunjukkan sikap rajin di rumah.

Pada video sama dikongsikan juga aktiviti kanak-kanak itu sedang membersihkan lantai selain menunaikan solat.

"Patut pun rajin semacam je hari ni. Rupa-rupanya (ada hal). Nak marah tapi nak ketawa pun ada sebab kawan dia kecil-kecil lagi dah jadi scammer.

"Pandai betul budak yang scam ni. Sampai scam duit tiga orang budak kelas dia yang lain juga. Aduhai anak, kecil-kecil lagi dah kena scam," katanya.

Sementara itu, pemilik akaun tersebut turut memuat naik video sambungan kisah berkenaan dan difahamkan guru kelas anaknya berjaya menyelesaikan masalah itu.

Selain guru, dia juga berterima kasih kepada ibu bapa kepada rakan-rakan anaknya kerana memberikan kerjasama yang baik.

Ibu sudah dapat hidu anaknya ada membuat kesalahan.

"Tentang scammer tiket. Sindiket tiket budak-budak sekolah zaman sekarang ni.

"Jadi anakku balik sekolah dan tunjuk benda ni depan aku. Dengan harapan dia dapat ciuman dan pelukan daripada aku sebab dia dapat refund balik tiket scam dia tu setelah masalah disiasat dan diselesaikan oleh cikgu mereka.

"Anakku ni nak tunjuk keputusan peperiksaan mata pelajaran sains yang dia dapat 96 peratus. Supaya aku tak marah dan bagi dia tengok TV dan YouTube hari ni hingga Ahad.

"Terima kasih kepada ibu dan cikgu kerana memberikan kerjasama yang cukup baik. Pelajar itu ada bakat berniaga. Semoga menjadi ahli perniagaan wanita yang berjaya suatu hari nanti," katanya.

Akhirnya wang anaknya berjaya dikembalikan.

Video yang dimuat naik itu meraih lebih 60,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka.

Menjengah ruangan komen, ada netizen yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi seperti itu.

"Anak saya pun pernah kena scam. Budak lain jual kad pokemon RM1 sekeping. Padahal kad tu jual kat kat luar baru RM3 untuk sekotak.

"Hmm dulu adik saya beli flyers promosi pasaraya Giant tu. Tak apa lah, nama pun budak-budak kan.

"Sama macam anak saudara saya. Kawan dia jual lato-lato tapi buat guna kertas je. Tak ada pun bebola lato-lato tu. Tapi kena bayar 50 sen," kongsi netizen.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada semua pihak khususnya ibu bapa supaya memantau aktiviti anak masing-masing.

Sikap si ibu yang menggunakan saluran yang betul untuk menyiasat kes anaknya dengan baik harus dipuji.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain