suria

Lampu isyarat merah lama? Mungkin sebab kereta tak berhenti atas sensor, tapi sistem ini tak ‘mesra’ motor, basikal

Pengesan elektronik di persimpangan lampu isyarat.

LAMPU merah yang lama boleh menyebabkan pengguna jalan raya hilang sabar.

Ditambah pula jika seseorang itu sedang 'berlumba' dengan masa dan lampu merah di hadapan menjadi penghalang.

Namun begitu, pendedahan di laman Twitter menyatakan ada sebab mengapa lampu isyarat merah mungkin menjadi lama untuk sesetengah pengguna jalan raya.

Ciapan asal di laman Twitter.

Tanpa diketahui ramai, lampu isyarat di Malaysia kebanyakannya menggunakan sistem pengesan elektronik yang ditanam di bawah jalan tar di hadapan setiap persimpangan.

Sistem pengesan elektronik ini dikatakan akan mengesan kehadiran kereta di sesebuah persimpangan itu dan seterusnya menukarkan lampu merah ke lampu hijau.

Menjadi kesilapan untuk segelintir pengguna jalan raya apabila mereka menghentikan kenderaan mereka sedikit ke belakang dari tempat pengesan elektronik itu ditanam.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lori disangka gila sebab main signal tengah jalan! Rupanya ada kod tersirat, nak bantu pemandu kereta guna ‘komunikasi lampu’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Menyirap terlepas lampu hijau sebab motor depan kereta tak pandai main clutch, lagi geram sebab duduk di ‘Melaka Darul traffic light’

Perkara ini akan menyebabkan lampu isyarat tidak bertukar kepada warna hijau kerana sistem beranggapan tidak ada kereta di persimpangan itu.

Pemilik tweet yang tular tersebut, Paul Tan (@paultanktk) memberikan peringatan agar pemandu menghentikan kenderaan mereka di atas pengesan elektronik tersebut jika berada di persimpangan lampu isyarat.

"Kalau nampak benda ni (garisan pengesan elektronik) dekat permukaan jalan depan traffic light tolong berhenti atas tu, kalau tak lampu isyarat tak akan tukar hijau," ujar Paul dalam ciapannya itu.

Cuma nak beritahu, sensor ni tak detect rim tayar motosikal yang diperbuat dari aloi. Dia boleh detect rim besi kereta dan rim berat je.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya teruja dengan pendedahan itu kerana mereka tidak mengetahuinya sebelum ini.

"Memang ramai yang tak tau. Bagus juga maklumat ini dikongsikan untuk pengetahuan pengguna jalan raya.

"Pengesan elektronik ni akan detect besi. Kalau ada besi lalu je dia akan react. Dekat palang parking pun guna benda ni untuk buka tutup palang," kata sebilangan warga maya memberikan penerangan.

Walaupun begitu, terdapat juga netizen yang memaklumkan kelemahan sistem lampu isyarat sebegini adalah ia tidak mampu mengesan kenderaan beroda seperti motosikal dan basikal.

"Cuma nak beritahu, sensor ni tak detect rim tayar motosikal yang diperbuat dari aloi. 'Dia' boleh detect rim besi kereta dan rim berat je. Basikal lagi la dia tak boleh detect.

"Pernah naik motosikal dekat traffic light macam ni. Kereta tak nak duduk atas tu. Tiga kali simpang lain dah hijau, simpang saya masih merah. Akhir sekali saya langgar je lampu merah.

Pengesan elektronik lampu isyarat yang ditanam di bawah jalan tar. -Gambar hiasan

"Kesian motosikal tak boleh lepas lampu isyarat merah kalau tak ada kereta dekat situ, kalau jalan kampung yang kosong memang menunggu je la sampai esok," kata sebilangan warga maya.

Terdapat juga warga maya yang mengkritik sistem lampu isyarat tersebut dan meminta ia digantikan dengan sistem kamera pengesan atau kiraan masa.

"Tolong gantikan dengan kiraan masa dan camera sensor. Simpang belah sana tak ada kereta berhenti pun boleh tukar hijau. Mahu kena tunggu tiga simpang jadi merah baru giliran kita jadi hijau," kata seorang netizen.

Cadangan tersebut kelihatan bernas di atas kertas tetapi netizen lain mengingatkan faktor kos juga perlu dipertimbangkan.

"Isu traffic light ini tak urgent, tak perlu tindakan sesegera macam nak baik pulih lubang di jalan yang boleh menyebabkan kemalangan dan meragut nyawa.

"Set your priority right. Bajet untuk jalan raya kita bukannya unlimited," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain