suria

Udang gergasi masuk kelas! Guru terkejut dapat hadiah ‘rare’ daripada anak murid

Anak murid ini memberikan gurunya hadiah yang di luar jangkaan.

GURU ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.

Pengorbanan seorang guru adalah demi untuk melihat anak didiknya berjaya ke menara gading dan menjadi insan yang mampu berbakti kepada masyarakat.

Guru menggalas tugas dan tanggungjawab yang mulia kerana mereka memberi tanpa mengharap.

Anak murid yang selesa dengan gelaran Mi menghadiahkan udang galah kepada gurunya.

Walaupun begitu, dalam satu video tular di TikTok, seorang guru dilihat terukir senyuman di wajahnya apabila anak murid menghadiahkannya udang galah bersaiz gergasi.

Melalui video itu, kelihatan anak kecil yang masih di peringkat sekolah rendah menjinjing beg plastik merah yang berisi makanan laut ke dalam bilik darjah.

Gurunya yang senang disapa sebagai Cikgu Al Tarmizi sedang duduk di meja hadapan kelas apabila dikejutkan dengan pemberian udang galah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dari bandar ke pedalaman! Guru terkejut ‘mi goreng 4 pagi’ buat murid bersorak, anak petani hadiahkan timun segar

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sanggup jadi ‘posmen’ redah arus hantar kerja sekolah, lihat reaksi muridnya boleh gugur air mata - “Saya tak pernah menyesal mengajar di pedalaman”

Cikgu Al Tarmizi mengangkat keluar dua ekor udang galah yang lebih besar dari tapak tangannya dengan perasaan penuh keterujaan.

Hadiah berupa makanan laut pastinya janggal untuk diterima seorang guru yang bertugas di sekolah kawasan bandar ataupun semenanjung.

"Syok sekolah pedalaman, udang sampai ke kelas, nikmati udang fresh," tulis Cikgu Al Tarmizi di ruangan kapsyen.

Biar kami tak kaya dari segi wang ringgit, tapi kami kaya dari segi makanan yang boleh dikongsi bersama tanpa rasa susah.

NETIZEN

Cikgu Al Tarmizi difahamkan dihantar untuk bertugas di sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsikan pengalaman mereka mengenai kemurahan hati orang Sarawak.

"Kami mungkin tak dapat balas jasa guru yang mendidik anak-anak kami orang Sarawak tapi kami balas dengan budi dan bahasa," kata seorang netizen.

Sebahagian komen warga maya.

Cikgu Al Tarmizi seterusnya memberikan komen balas dengan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keramahan orang Sarawak.

"Terima kasih orang Sarawak, maaf atas kekurangan ketika mendidik anak-anak Sarawak. Saya cuba sehabis baik," balas Cikgu Al Tarmizi.

Netizen lain juga mengakui orang Sarawak sememangnya mempunyai hati yang pemurah walaupun mereka mungkin tidak dianugerahkan dengan harta yang melimpah-ruah.

"Biar kami tak kaya dari segi wang ringgit, tapi kami kaya dari segi makanan yang boleh dikongsi bersama tanpa rasa susah.

"Tiga tahun di Sarawak, orang-orang Sarawak baik-baik sangat pemurah bab makanan. Kek batik Sarawak lebih 20 jenis waktu jamuan. Lauk pula ikan udang semua besar-besar.

"Abah saya mengajar pedalaman, musim buah satu bonet penuh buah bawa balik rumah. Orang sampai pelik kenapa abah tak minta tukar posting, mereka tak tahu mengajar dekat sana tak stres," demikian kata sebilangan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain