suria

5 beranak disyaki hidung kebal! Habuk tebal ‘balut’ bilah kipas, tapi mampu hidup macam biasa - “Bayar sewa cun, tak pernah miss”

Seorang wanita berkongsi keadaan rumah yang ditinggalkan bekas penyewa.

INGATKAN batang kayu, rupanya bilah kipas!

Begitulah keadaan kipas di sebuah rumah sewa selepas ditinggalkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Malah, keadaan di seluruh rumah sebenarnya jauh lebih teruk apabila melihat video yang dikongsikan seorang individu di laman sosial.

Menurut ahli keluarga tuan rumah, banyak kerosakan yang berlaku selain aspek kebersihan tidak dititikberatkan.

"Bawa motor dalam rumah sampai tiles (jubin) pecah-pecah. Setiap inci dinding penuh paku yang diketuk. Jelaga tebal boleh buat jalan tar.

"Tak apalah, kita ambil alih ni make up balik," katanya dalam video sambil mengikis habuk tebal yang melitupi bilah kipas siling.

jahanam rumah sewa 4

Antara kotoran dan kerosakan di rumah sewa.

Tanpa mendedahkan lokasi rumah yang disewakan dan latar belakang bekas penyewa, wanita itu bagaimanapun kesal dengan apa yang berlaku.

"Ni kalau arwah ayah tengok mesti sedih," katanya.

jahanam rumah sewa 3

Habuk tebal pada kipas siling.

Walaupun tidak dinyatakan tempoh menyewa, kemungkinan bekas penyewa menghuni rumah tersebut bertahun-tahun jika melihat ketebalan habuk pada kipas siling.

Menerusi ruangan komen, dia turut menyatakan selain kerosakan, kekotoran dan habuk tebal, penyewa terdahulu juga 'meninggalkan' tunggakan bil elektrik berjumlah lebih RM300.

Aku ni malas juga, tapi tak ada la tahap kipas macam tak cuci bertahun-tahun.

NETIZEN

"Lama juga (menyewa). (Bayaran) sewa cun, tak pernah miss.

"Sewa dengan famili. Ada anak kecil juga tu. Saya pun tak dapat bayangkan macam mana mereka duduk," katanya sambil menambah pasangan itu mempunyai tiga anak.

jahanam rumah sewa 2

Pembersihan kipas yang dipenuhi habuk.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut terkejut dan tidak menyangka sikap pemalas bekas penyewa yang tidak menjaga rumah berkenaan dengan baik.

"Aku ni malas juga, tapi tak ada la tahap kipas macam tak cuci bertahun-tahun.

"Tak panas ke rumah habuk kipas macam tu sekali.

jahanam rumah sewa 1

Antara komen netizen.

"Macam manalah mereka hidup. Rumah saya ni ada habuk halus-halus kat tepi kipas pun tak senang hidup. Merenyam hidung, bersin.

"Ini mesti anak beranak semua hidung kebal ni. Kalau tak, tak adanya boleh hidup begitu," demikian antara komen netizen.

Video yang dikongsinya di TikTok itu meraih lebih 390,000 tontonan setakat ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain