suria

[V] “Tinggi ilmu kau dik” - Budak dikesan solat dalam laut bergelora, risau juga hajat nak ‘healing jadi hilang’

Tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak sedang solat dalam air.

SEBUT sahaja perkataan pantai sudah pasti ramai membayangkan suasana tenang mendengar bunyi ombak dan lautan sambil ditiup angin.

Kebiasaannya, ramai suka berkelah dan mandi manda di tepi pantai atau mencari ketenangan sambil melihat deruan ombak yang mana cara ini kini dipanggil 'healing'.

Seorang lelaki tidak sengaja merakam momen yang menarik yang dilihatnya di tepi pantai sebelum dikongsikan di media sosial.

Dia berkata pada mulanya hanya mahu merakam gelagat budak itu ketika bermain di pantai yang tidak dinyatakan lokasi.

Namun, pelayar TikTok bernama Che Kam ini terkedu apabila melihat kanak-kanak itu sedang melakukan pergerakan seperti sedang solat dalam laut bergelora.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, “Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kecurian depan mata ketika solat, boleh berhenti atau teruskan? Ini penjelasan Ustazah Asma' Harun

"Tinggi ilmu kau dik. Abang tak boleh nak follow lagi.

"Muka tenggelam (bersujud dalam) karpet (ketika solat) pun dah syahdu," tulisnya pada video yang menjadi tular.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat perkara lebih mengejutkan apabila budak lelaki itu sanggup bersujud dalam air laut.

Apabila diteliti perbuatannya, dia bersujud sehingga menenggelamkan seluruh kepala, menampakkan bahagian belakang sahaja.

Ni bukan healing saja dapat, hilang pun boleh jadi.

NETIZEN

Tiada sebarang ulasan lanjut yang dikongsikan oleh Che Kam selepas rakaman dimuat naik menjadi tular.

Setelah dikongsikan di TikTok, video tersebut meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen terhibur malah kagum dengan keletah kanak-kanak dan ini dapat dilihat menerusi komen yang ditinggalkan.

Ada juga warga maya yang meluahkan kebimbangan mereka setelah melihat kanak-kanak ini bersendirian di tengah laut.

Komen netizen di TikTok.

"Ni bukan healing saja dapat, hilang pun boleh jadi.

"Ingatkan tengah menyelam rupanya tengah solat.

"Sekurang-kurangnya dia ingat pesan mak, dekat mana pun kita berada jangan lupa solat.

"Betul-betul nak mendekatkan diri dengan tuhan dik oi," demikian antara komen netizen.

Walaupun video ini menghiburkan, tindakan budak lelaki itu juga boleh dilihat dari sudut positif tentang kepentingan solat bagi umat Islam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain