suria

‘Orang putih’ suka cebok guna bidet, terus renovate tandas selepas lawat Malaysia, Arab! Rasa teruk dulu guna tisu je

Perkongsian beberapa individu mengenai tandas di Qatar dan Malaysia tular di Twitter.

PIALA Dunia 2022 yang diadakan di Qatar telah membuka mata orang luar mengenai keindahan budaya Arab serta Islam yang menjadi agama rasmi di negara itu.

Kebanyakan pengunjung khususnya dari negara Barat turut memuji layanan luar biasa yang diterima serta gaya hidup yang menjadi kebiasaan buat masyarakat di sana.

Seorang individu dikenali sebagai David Vujanic turut meluahkan rasa kagum dengan sistem tandas di Qatar yang dikatakan jauh berbeza dengan negara asalnya.

FILE PHOTO: Soccer Football - FIFA World Cup Qatar 2022 Preview - Doha, Qatar - October 12, 2022 The FIFA World Cup Qatar 2022 countdown clock is seen REUTERS/Hamad I Mohammed

Ramai pengunjung kagum dengan budaya dan gaya hidup masyarakat Qatar. Foto: REUTERS/Hamad I Mohammed.

"Saya dah menggunakan paip air dalam tandas sepanjang sebulan berada di Qatar. Saya betul-betul rasa teruk kami hanya menggunakan tisu tandas di United Kingdom (UK) atau Eropah. Terbaiklah ada benda ni," ujarnya.

Tweet itu kemudiannya dibalas oleh seorang wanita yang turut berkongsi pengalaman sama ketika berkunjung ke negara Arab dan Malaysia.

"Selepas melawat Arab dan Malaysia, saya dah dapatkan benda ni ketika membuat renovasi bilik air saya," tulis Anana Anana.

Rakyat Malaysia di sini. Membesar dengan benda ini, saya tak boleh bayangkan kalau hanya guna tisu tandas.

NETIZEN

Dia turut berkongsi sekeping foto memaparkan paip air di dalam tandas kediamannya, sama seperti tandas-tandas di Malaysia.

Perkongsian dua individu itu kemudiannya tular dan turut menerima pujian daripada rakyat Malaysia.

Pada masa sama, ramai yang turut meninggalkan komen sinis dan menganggap mereka ketinggalan zaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia negara dunia ketiga? ‘Minah Salih’ jalan di Pavilion buktikan kepada rakan Amerika negara kita tak mundur

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pejabat kami sangat sejuk! Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter

"Rakyat Malaysia di sini. Membesar dengan benda ini, saya tak boleh bayangkan kalau hanya guna tisu tandas.

"Jadi benda ni tidak ada di Eropah? Ya tuhan bagaimana saya nak hidup kalau punggung rasa melekit?

"Bagus lepas ni invent banyak-banyak, senang nak 'cebok' kat sana.

FkDtdsYacAAehV-

Netizen turut berseloroh, meminta mereka mencuba wayar getah untuk mencuci punggung.

"Malaysia dalam era penjajahan moden, mengajar dunia Barat supaya memasang bidet dalam tandas mereka.

"Mereka kena try pakai gayung dulu baru upgrade ni," tulis beberapa individu berseloroh.

Selain itu, netizen turut berjenaka dan memberi cadangan supaya mereka membeli paip jenis getah yang sinonim dengan tandas kediaman di Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain