suria

[V] “Ini driver takut mati!” - Ramai terkejut, penumpang e-hailing kongsi video dalam kereta... Sembur sanitizer sampai kusyen basah

Rayyan menaiki kenderaan e-hailing yang disembur dengan sanitizer.

SESAK nafas! Perjalananan selama 40 minit terasa begitu menyesakkan.

Begitulah pengalaman yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita yang menggunakan perkhidmatan e-hailing baru-baru ini.

Menerusi video yang tular, penumpang wanita itu pasrah apabila mendapati kusyen tempat duduk belakang basah dengan cecair pembasmi kuman (sanitizer).

Hanya mahu dikenali sebagai Rayyan Fauzi, dia juga terpaksa menahan bau yang tidak menyenangkan gara-gara penggunaan sanitizer yang banyak.

Berkongsi pengalaman, penumpang berkenaan menjelaskan insiden berlaku dalam perjalanan dari Putrajaya ke Bangi, Selangor untuk urusan kerja.

"Apabila buka pintu saya nampak seat basah, selain itu bau chemical pun kuat sangat. Saya beritahu pemandu tu tentang hal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab cemas, penumpang di sebelah tiba-tiba lompat ke seat belakang - "Saya tak tahu apa-apa mungkin kepala anaknya dah nak terkeluar"

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab nak luruh jantung penumpang mengilai waktu Maghrib, bagi salam pun tak jawab... rupa-rupanya ada 'sejarah' dengan cik ponti!

"Dia hanya jawab ada penumpang lain sebelum saya. Waktu itu saya pakai mask, tapi tak tahan dan susah nak bernafas sebab bau chemical sangat kuat... saya terpaksa buka," katanya kepada mStar.

Keadaan yang tidak selesa memaksa wanita berusia 30 tahun itu terpaksa bersuara kepada pemandu yang memakai pelitup muka.

"Saya maklumkan bau kuat sangat, saya minta izin untuk buka tingkap dan dia izinkan. Ingatkan apabila tingkap dah buka dengan angin lalu, keadaan jadi okay.

penumpang grab basah sanitiser 4

Menurut Rayyan, pemandu berkenaan lebih banyak membisu sepanjang perjalanan.

"Tapi tidak, bau chemical tetap ada dan sangat kuat. walaupun dah buka tingkap, ia tak membantu pengudaraan," ujarnya yang berasal dari Terengganu.

Tambah Rayyan, apa yang lebih dikesali apabila pakaiannya juga basah dek kerana cecair berkenaan.

"Baju dan seluar yang saya pakai basah terkena cecair tu di tempat duduk. Bau chemical tu melekat pada pakaian," kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Pernah naik Grab bayar cash, lepas saya bagi duit... terus sanitize duit dan tangan dia.

NETIZEN

Dalam pada itu Rayyan yang merupakan seorang freelancer menegaskan bahawa perkongsiannya bukan mahu menutup periuk nasi pemandu terbabit, namun hanya sekadar berkongsi pengalaman.

"Saya tak beri rating buruk atau buat aduan pun. Cuma saya tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku, ada yang kata tu cecair polish seat kereta dan bukannya sanitizer.

"Tak kira apa saja cecair pun pemandu sepatutnya perlu memastikan bau tidak kuat atau tempat duduk kering sebelum mengambil penumpang seterusnya.

penumpang grab basah sanitiser 3

Rayyan mengakui berasa sangat tidak selesa sepanjang perjalanan kes destinasi.

"Ini bukan soal naik (e-hailing) jenis bajet atau premium, tapi lebih tentang memberi keselesaan kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan sepanjang perjalanan," katanya.

Tambah Rayyan yang juga merupakan pengurus kafe dan perunding psikologi, sehingga kini dia masih tidak terganggu dengan situasi yang dialaminya itu.

"Ada orang kata kenapa masih nak naik kalau tak tahan? Mungkin salah saya sebab ketika itu saya dalam keadaan tergesa-gesa atas urusan kerja, jadi saya tiada pilihan.

“Mungkin juga ada kaitan dengan penumpang kena Covid-19, atau dia memang bersikap begitu. Apa yang berlaku pada hari kejadian masih menjadi tanda tanya,” katanya.

sanitize kereta

Antara komen netizen di TikTok.

Terdahulu, perkongsian Rayyan di TikTok meraih lebih 267,000 tontonan dengan rata-rata turut bersimpati dengan nasibnya.

Malah sebilangan mereka juga turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika berdepan dengan pemandu e-hailing yang paranoid dengan virus penyakit.

"Ini driver takut mati, saya pemandu Grab pun tak sampai tahap macam tu.

"Pernah naik Grab, customer baru nak masuk sembur sanitizer. Pastu Kita baru buka pintu nak keluar je dia dah pegang nak sembur sanitizer... terasa juga la.

"Pernah naik Grab bayar cash, lepas saya bagi duit... terus sanitize duit dan tangan dia. Aku rasa aku ni macam bawa virus," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain