suria

Wanita viral pandu kereta tanpa tangan bertunang, bakal mentua sarung gelang emas di kaki

Bakal ibu mentua memakaikan gelang di kaki Norfarrah Syahirah.

TULAR di media sosial kisah seorang wanita kudung kedua-dua belah tangan melangsungkan ikatan pertunangan.

Hantaran tersebut dibuat oleh Norfarrah Syahirah Shaari di Instagram dan Facebook selepas selamat bertunang dengan pasangannya Zul Roy di kediaman mereka di Bagan Datuk, Perak.

Difahamkan majlis tersebut diadakan pada 20 November lalu.

Perkongsian wanita ini yang bertunang pada 20 November.

Ujar wanita berusia 34 tahun itu, dia bersyukur kerana majlisnya berjalan lancar.

“Terima kasih famili saya yang banyak membantu dalam menjayakan majlis pertunangan kami.

“Majlis yang sederhana tapi sangat bermakna untuk famili kami.

“Alhamdulillah syukur. Restu antara kedua belah pihak,” tulisnya pada kasyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU buktikan kawan-kawannya salah... tangan kudung pun boleh cari rezeki, bukan hanya mampu kerja minta sedekah!

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider OKU bersuara - “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

Namun apa yang mencuri tumpuan ialah foto seorang wanita dipercayai bakal ibu mentuanya memakaikan gelang kaki kepadanya.

Sementara itu, terdapat juga foto Norfarrah Syahirah dan pasangannya mengenakan pakaian sedondon berwarna hijau duduk di pelamin.

One step closer. Hai encik tunang,” tulisnya pada gambar tersebut.

Wanita ini selamat bertunang dengan pasangannya Zul Roy.

Sementara itu semakan mStar di ruangan komen mendapati rata-rata netizen membanjiri dengan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Malah netizen turut mendoakan agar segala urusan Norfarrah Syahirah dan pasangannya untuk melangkah ke alam perkahwinan dipermudahkan.

Terdahulu, kisah Norfarrah Syahirah sentiasa menjadi perhatian ramai berikutan kecekalan dan semangatnya dalam menjalani kehidupan seharian sebagai orang kelainan upaya (OKU).

Norfarrah sering dijemput untuk memberikan ceramah motivasi.

Antaranya adalah kisah Norfarrah memandu kereta menggunakan kaki.

Selain itu, memandangkan dia hanya bergantung kepada kekuatan kaki untuk melakukan semua perkara, Norfarrah Syahirah juga berlatih menulis menggunakan kaki.

Terdapat pelbagai video lain dikongsikan wanita ini di media sosial bagi memberi inspirasi kepada mereka yang senasib dengannya.

Bukan itu sahaja, dia sering kali dijemput pihak sekolah untuk memberikan ceramah dan motivasi untuk pelajar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain