suria

[V] Label beregu wanita Malaysia ‘hitam putih’, jurulatih badminton Indonesia dikecam... “Warna sangat sensitif ya tetangga”

Jurulatih Indonesia, Eng Hian diminta membuat permohonan maaf.

BERBINCANG tentang strategi adalah satu kemestian dalam setiap permainan.

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila jurulatih skuad badminton Indonesia ini mencatur permainan dengan menggunakan istilah 'hitam dan putih' bagi merujuk kepada pasangan beregu wanita Malaysia, M Thinaah dan Pearly Tan.

Istilah hitam dan putih itu dipercayai merujuk kepada warna kulit.

Dalam video yang tular di TikTok dan dikongsikan semula di Twitter, kedengaran dengan jelas jurulatih Indonesia, Eng Hian menyebut tentang hitam dan putih ketika menyampaikan arahan permainan kepada anak buahnya.

Perkara itu mengundang kemarahan ramai kerana isu warna kulit merupakan sesuatu yang sensitif bagi rakyat Malaysia.

"Perlu kongsi video ini kerana semua orang tertanya-tanya apakah hitam dan putih yang dimaksudkan.

"Bagi rakyat Malaysia warna (kulit) adalah sangat sensitif ya tetangga (jiran, merujuk kepada rakyat Indonesia)."Kami menuntut permohonan maaf daripada jurulatih... benda tu tak perlu minta, kalau dia sukarela boleh je buat tanpa diminta," kata pengguna Twitter @shahaidin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buat isyarat perkauman, ejek Fred ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh isu perkauman dan dikatakan albino Jepun, ARMY tuntut stesen TV Jerman mohon maaf pada BTS

Rakaman itu dipercayai ketika pusingan kedua Terbuka Perancis yang berlangsung pada Khamis.

Untuk rekod, Pearly Tan dan M Thinaah mara ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis selepas menundukkan gandingan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi.

290483443_757788238989326_8796868817320511447_n

M Thinaah dan Pearly Tan.

Perlawanan yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin itu menyaksikan Pearly-Thinaah tidak berdepan masalah untuk mendominasi dengan straight set 21-16 dan 21-14.

Menelusuri di ruangan komen, netizen memberikan pendapat yang pelbagai tentang isu berkenaan.

Anda antara mereka berpendapat jurulatih Indonesia itu tidak bermaksud untuk menjadi rasis apabila menggunakan istilah hitam dan putih.

“Saya rasa coach tidak bermaksud untuk racist, itu mungkin untuk memudahkan dalam berkomunikasi.

“Itu pun tidak diucapkan secara terbuka (hanya internal) dan tidak akan diucapkan jika keadaan tidak sesuai.

Antara komen netizen di laman Twitter.

“Apa pun memang sebaiknya tidak dilakukan,” kata netizen dari Indonesia.

Manakala netizen Malaysia pula bertegas bahawa itu adalah perkara yang salah dan berkeras agar jurulatih Indonesia berkenaan tampil memohon maaf.

“Panggil seseorang itu dengan warna kulit adalah sentimen perkauman. Pasangan beregu itu ada nama yang diberikan oleh ibu bapa mereka, Pearly dan Thinaah.

“Ia tetap ada unsur sentimen perkauman dan kalau kamu semua boleh terima benda ini maksudnya anda tidak bertamadun,” kata netizen dari Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain