suria

Sentuh isu perkauman dan dikatakan albino Jepun, ARMY tuntut stesen TV Jerman mohon maaf pada BTS

ARMY berang stesen TV Jerman keluarkan ulasan sentuh isu perkauman dan hina BTS.

KUMPULAN peminat BTS iaitu ARMY berasa kecewa terhadap program hiburan Jerman iaitu Chartshow yang menyiarkan ulasan berkaitan muzik video Boy With Luv.

Menurut ARMY, pihak televisyen Jerman itu mengeluarkan ulasan bersifat perkauman terhadap penyanyi K-pop tersebut.

Mengikut laporan Koreaboo, di dalam segmen tersebut ada soalan yang diajukan berkaitan isu perkauman dan menyindir tujuh ahli kumpulan itu.

Produksi program tersebut mendedahkan ulasan-ulasan orang ramai di negara itu yang bertanya sama ada BTS berasal daripada Jepun atau Korea Utara.

Terdapat juga ulasan mengatakan BTS seperti golongan yang berpenyakit genetik albino daripada Jepun dan mempunyai peminat berusia bawah 12 tahun.

Salah seorang peminat kumpulan itu mempersoalkan perkara tersebut di laman Twitter sehingga mendapat 107,000 ribu penonton dan 1,568 ulang kicau.

Pihak stesen televisyen iaitu RTL akhirnya membuat permohonan maaf kepada BTS dan peminatnya.

"Sekiranya peminat #BTS tersinggung dengan ulasan yang dikeluarkan kami memohon maaf. Pihak RTL sendiri pun menentang tentang isu perkauman dan isu kebebasan bersuara," ujar kenyataan itu di Twitter.

k-pop, ARMY, BTS

Artikel Lain