suria

Terima puluhan ribu kecaman sehari, Kang Daniel fail tuntutan keluarkan program 'Produce 101, Season 2' dari laman forum

Kang Daniel berehat dari industri buat sementara.

BINTANG Kpop Kang Daniel memfailkan permohonan supaya program Produce 101 Season 2 dikeluarkan daripada laman forum DC Inside.

Pada 16 Disember lalu, Kang Daniel menerusi peguamnya mengeluarkan kenyataan kepada media yang memaklumkan mereka mengemukakan permintaan melalui Mahkamah Daerah Seoul Pusat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kang Daniel umum berehat dari industri kerana depresi

Menerusi kenyataan itu, keputusan itu dibuat berikutan sejumlah besar komen dan posting netizen keterlaluan dengan maklumat palsu dan menyalahi undang-undang mengaitkan selebriti itu.

Kebanyakan komen termasuk 'pembenci' yang mahu Kang Daniel berhenti dari industri muzik.

Dokumen itu menyatakan beribu-ribu mesej dan ada kalanya sehingga mencecah puluhan ribu mesej diterima menerusi laman forum ini setiap hari.

Kenyataan ini dibuat selepas beberapa jam Kang Daniel memfailkan sama kedua terhadap netizen yang meninggalkan komen berniat jahat.

Ia termasuk penyebaran berita palsu, gangguan seksual, fitnah dan pencerobohan kehidupan peribadinya.

Kang Daniel merupakan salah seorang peserta program realiti Produce 101 Season 2 yang bersiaran pada tahun 2017.

Pada minggu lalu, pengurusan selebriti ini mengumumkan bahawa Kang Daniel berehat buat sementara waktu daripada industri seni kerana mengalami depresi.

SUMBER: ALLKPOP

Artikel Lain