suria

[VIDEO] Berani sangat! Wanita ini redah ribut, laut bergelora pergi Tasik Dayang Bunting naik jet ski... Paling risau minyak habis tengah laut

Bermain jet ski di tengah lautan ketika ribut sedang membadai adalah pengalaman seumur hidup bagi Aina.

PERCUTIAN adalah perkara yang cukup ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja bagi melepaskan diri sebentar daripada dakapan realiti.

Perancangan rapi semestinya akan dilakukan bagi memastikan percutian itu nanti dapat berjalan dengan lancar.

Namun, adakalanya aral yang melintang adalah perkara di luar kawalan, misalnya cuaca yang buruk.

Itulah yang dilalui Ayunie Aina apabila percutian hari keluarganya di Langkawi dikejutkan dengan ribut kuat ketika dia sedang menunggang jet ski di tengah-tengah laut!

“Kami bercuti ke Langkawi pertengahan September lalu. Kami plan tarikh tu sebab nak elak musim tengkujuh.

“Dekat sana cuaca okay je, tapi tiba-tiba ada hujan singgah, maksudnya hujan sekejap dalam 5 ke 6 minit yang sangat lebat,” katanya ketika dihubungi mStar.

Umpama berada di tempat dan masa yang salah, Aina berkongsi semula kenangan mendebarkan ketika dia menaiki jek ski bersama suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit rider kena ‘sidai’ masa hujan lebat, ribut petir... Pelanggan buat apa dalam rumah? Nasib baik jiran buka pagar ajak berteduh

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu lihat ‘tragedi’ khemah terbang, raja buah bergelimpangan dipukul ribut kencang... anak dedah bapanya baru 4 hari cuba nasib jual durian

“Waktu itu kami nak ke checkpoint Tasik Dayang Bunting. Giliran saya pula yang tunggang. First time pula itu.

“Tiba-tiba saja hujan lebat, angin kencang dan ombak bergelora.

“Nasib baik waktu itu pakai spec mata hitam, kalau tak memang sakit nak buka mata. Saya bawa 20km per sejam je,” cerita Aina

WhatsApp Image 2022-10-17 at 1.23.03 PM

Aina dan suaminya sebelum mereka berhadapan dengan ribut di tengah lautan.

Namun kata Aina, dia dan suaminya tetap meneruskan perjalanan kerana jika berhenti di tengah lautan sewaktu ribut mengganas adalah lebih berbahaya.

“Kami gerak juga sebab kalau duduk dekat tengah laut waktu ribut lagi tak selamat.

“Saya tak takut sangat sebab saya ada suami saya bonceng sekali. Dia dah berpengalaman naik jet ski ini.

Mereka (keluarga) terkejut sebab tak percaya saya yang bawa jet ski dalam keadaan macam tu.

AYUNIE AINA

“Saya bawa perlahan-lahan dan ikut belakang tour guide sebab kami main jet ski ini secara konvoi," terangnya.

Beberapa minit kemudian Aina dan suaminya selamat sampai ke destinasi yang dituju untuk berteduh bersama pelancong yang lain.

Cerita Aina lagi, ketika mendaki bukit untuk ke Tasik Dayang Bunting, mereka sekali lagi diuji apabila laluan pejalan kaki dibanjiri air deras.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila tiada kejadian buruk menimpa mereka sewaktu melalui laluan berkenaan.

Tambah Aina dia sempat menunjukkan kepada keluarga video yang dirakam suaminya ketika mereka meredah ribut di atas jet ski.

jet ski2

Detik mencemaskan untuk Aina dan suaminya.

“Mereka (keluarga) terkejut sebab tak percaya saya yang bawa jet ski dalam keadaan macam itu.

“Tapi memang saya yang bawa pun, saya jadi berani sebab ada suami saya dekat belakang,” katanya sedikit bangga.

Dalam pada itu rata-rata netizen di TikTok turut melahirkan rasa gementar tatkala menonton video yang dikongsikan.

Malah ada antara mereka mula membayangkan apa akan terjadi seandainya jet ski yang dinaiki kehabisan minyak.

"Salah satu pengalaman yang tak semua orang boleh merasa, apa-apa pun Alhamdulillah akak selamat.

"Tak boleh gambarkan kalau minyak jet ski habis tengah-tengah laut.

"Tengah panas terik pun aku seram apatah lagi tengah hujan," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain