suria

Wanita merungut di TikTok nasi goreng tak sedap, tauke kedai tomyam terus buat laporan polis... Siap suruh makan di kedai, RM6 je!

Pemilik restoran membuat laporan polis setelah menerima aduan setelah makanan dijual dikritik.

AKIBAT tidak berpuas hati dengan makanan yang dibeli daripada sebuah kedai tomyam, seorang wanita membuat rungutan terbuka di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, gadis dari Alor Setar, Kedah itu mendakwa nasi goreng Pattaya yang diterima kelihatan seperti makanan untuk orang sakit.

“Kita order Nasi Goreng Pattaya harga RM13 (termasuk caj penghantaran), tengoklah dapat nasi macam mana.

“Macam (untuk) orang yang ada penyakit. Macam ni ke nasi RM9.50 tu?,” luahnya di dalam video tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, wanita berkenaan memaklumkan dia membeli nasi goreng Pattaya itu daripada sebuah kedai di Mergong menerusi platform servis penghantaran.

Selain itu dia turut menunjukkan rupa nasi goreng yang sebahagian besarnya sudah dimakan sepintas lalu.

Bagaimanapun video berkenaan sudah dipadam namun ia sempat disimpan sebelum dimuat naik semula oleh pengguna media sosial lain.

Ciapan yang tular.

Susulan itu ia mengundang lebih banyak kecaman ramai terhadap peniaga nasi goreng Pattaya berkenaan.

Sedar dengan kritikan tersebut, pemilik kedai kemudiannya tampil membuat laporan polis.

“Saya dah pun melakukan laporan polis. Saya tak pasti sama ada dia tahu atau tidak.

"Atau sengaja buat tak tahu dia telah pun mengganggu, mengancam dan merosakkan reputasi kedai saya.

“Jika hal ini berterusan saya akan proceed ke next step,” katanya dalam video yang turut dimuat naik di TikTok.

Tukang mengadu pun banyak masa nak buat video TikToK... kalau geram sangat pergi kedai tu balik, minta yang baru.

NETIZEN

Bukan itu sahaja lelaki tersebut turut berkongsi tiga video lain bagi menjawab beberapa pertanyaan netizen berhubung kontroversi tersebut.

"Kalau nak post, post daripada awal masa buka tu. Janganlah makan dah setengah baru nak post," katanya sambil menunjukkan rupa nasi goreng Pattaya yang dibungkus dengan telur serta dihiasi sos cili.

Selain itu menerusi satu lagi video, pemilik kedai menjawab tentang harga nasi goreng yang perlu dibayar pembeli.

"Kak, mai makan dekat kedai... RM6 saja. Yang pi order dekat aplikasi tu buat apa sampai RM13? Padan la dengan harga tu dengan kak yang malas nak keluar," katanya.

Komen netizen setelah melihat video tersebut sebelum dipadam.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut melahirkan pandangan masing-masing berhubung perkara berkenaan.

“Aku tengah tak tahan gelak dekat TikTok ni. Perempuan ni complaint nasi goreng Pattaya kedai ni tak sedap.

“Lepas tu owner kedai bukannya nak perbaiki masakan dia, tapi dia report polis sebab orang cakap nasi goreng Pataya tak sedap.

“Lepas ni makan dekat kedai, masak tak sedap pun telan sajalah tak boleh complaint nanti owner kedai report polis.

Respons netizen mengenai ciapan tular.

“Sebenarnya saya rasa dua-dua pihak over (berlebihan). Bab laporan polis memang lawak. Yang tukang mengadu pun banyak pula masa nak buat video TikTok. Content lebih. Kalau dah geram sangat pergi saja kedai tu balik, mengadu, minta yang baru.

"Tak boleh ke selesaikan dengan cara yang beradab, tegur secara privasi dan bukan dengan viral macam ni. Allahuakbar.

"Owner tu dah terangkan kenapa dia buat report polis, kenapa kebanyakan netizen tak faham? Korang buka kedai sendiri, lepastu orang burukkan kedai korang.

"Baru korang tau rasa dia macam mana. Customer tu boleh je nak komen kat aplikasi tu. Instead dia rekod, siapa tak marah," demikian antara pandangan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain