suria

Peniaga nasi lemak Penang usik uncle Cina, terkejut lauk ayam goreng RM15! Nak bagi free tak mahu pula, asyik senyum je

Perbualan usik-mengusik menerusi video yang dikongsikan di TikTok mencuri perhatian netizen.

KELETAH peniaga nasi lemak ini dengan seorang pelanggan lanjut usia berbangsa Cina mencuri perhatian netizen.

Mana tidaknya, perbualan usik-mengusik menerusi video yang dikongsikan di TikTok tentang harga nasi lemak bersama lauk ayam goreng sehingga mencecah RM15 sebungkus berjaya mengukir senyuman lelaki berkenaan.

Namun jangan ada pula yang salah faham kerana harga bagi nasi lemak tersebut bukanlah semahal itu.

Ujar wanita yang berniaga di Georgetown, Pulau Pinang itu, lelaki berkenaan adalah pelanggan tetapnya sejak sekian lama.

Uncle ni customer regular saya sejak berniaga tanpa kedai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati terjentik nampak pelajar UTM kira duit syiling nak bayar nasi lemak RM1, peniaga kafe pesan jangan tahan lapar... Tawar makanan percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Lauk paru, udang, ayam RM2 je! Peniaga tak sangka ‘dapat susah’ selepas jual nasi lemak murah, terima mesej ugutan - “Saya faham ramai terkesan, tertekan”

“Selalu ambil lauk ayam untuk isteri dia,” katanya.

Tambah wanita itu lagi, dia juga kerap mempelawa untuk memberikan nasi lemak secara percuma kepada pelanggan terbabit.

Peniaga ini menerima bayaran mengikut kemampuan daripada pelanggan warga emas berkenaan.

Namun tawaran yang diberikan itu ditolak dengan baik lelaki terbabit.

“Saya selalu nak bagi percuma tapi dia tak mahu, dia nak bayar juga.

“Saya suka bergurau tengok dia gelak. Terima kasih Uncle selalu datang beli,” katanya lagi.

Semoga anda dimurahkan rezeki... orang tua kadang teringin tapi tak cukup duit.

NETIZEN

Difahamkan peniaga wanita itu menerima bayaran RM3 daripada pelanggannya itu mengikut kemampuannya kerana enggan menerima pemberian percuma.

Sehingga kini video usikan mesra wanita berkenaan dengan pelanggan terbabit meraih lebih 1.4 juta tontonan di TikTok.

Rata-rata melahirkan rasa kagum dengan sikap peniaga tersebut yang begitu mesra melayan warga emas berkenaan.

Antara komen netizen di TikTok.

“Semoga anda dimurahkan rezeki. Kasihan... orang tua kadang teringin tapi tak cukup duit.

“Kakak, sebak saya tengok ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih sebab layan uncle baik-baik.

"Terbaik berniaga sambil bersedekah. Kesian tengok uncle, comel je nak beli... baik hati awak.

“Try pergi ke rumah uncle sis. Cubalah jenguk aunty. Mungkin isteri uncle sakit. Asbab Allah nak suruh kita bantu kalau mereka tak sihat,” kata netizen di ruangan komen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain