suria

Dulu baik orangnya, kini ditinggal anak, isteri angkara dadah! Suami ceroboh rumah sewa lama untuk berteduh

Lelaki ini beberapa kali menceroboh masuk rumah yang pernah disewa bersama keluarga.

ANGKARA dadah, nasib seseorang itu boleh berubah sekelip mata.

Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki, apabila keadaannya bukan sahaja tidak terurus malah tiada tempat tinggal.

Sudahnya dia bertindak menceroboh ke sebuah rumah teres dua tingkat yang tidak berpenghuni.

Bercerita kepada mStar, pemilik rumah berkenaan yang merupakan seorang wanita menjelaskan bahawa lelaki tersebut sebenarnya merupakan bekas penyewanya.

Siti (bukan nama sebenar) berkata lelaki berusia 30-an itu sebelum ini tinggal di rumah sewanya di Ipoh, Perak selama lebih setahun.

"Dia sebelum ini tinggal bersama isteri dan dua anaknya. Hal rumah sewa diuruskan oleh isterinya. Duit sewa sentiasa dibayar on time.

"Tapi selepas setahun mereka menyewa, dah mula ada tunggakan. Si isteri pun beritahu saya yang dia tidak mahu menyewa lagi dan beri notis," katanya kepada mStar.

bekas penyewa ceroboh 4

Lelaki ini dikatakan ditinggalkan isteri dan anak-anak.

Siti yang berusia 35 tahun berkata, perkhabaran mengenai si isteri bertindak lari ke kampung bersama anak-anak juga ternyata mengejutkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak boleh fikir dah, geli" - Ejen hartanah trauma nampak patung seks di rumah untuk dijual, ngeri imbas kelakuan bekas suami klien

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!"

"Saya tidak tahu punca sebenar masalah mereka, tapi kemungkinan si isteri tak tahan dengan sikap suaminya yang mengambil dadah," katanya sambil menambah si isteri mencari rezeki sebagai pembantu di kedai makan, manakala suaminya tidak bekerja.

bekas penyewa ceroboh 5

Keadaan rumah ketika disewakan.

Menetap di Selangor, Siti terkejut apabila mendapat tahu suami kepada bekas penyewanya rupa-rupanya telah menceroboh ke rumah yang mahu dijualnya ketika itu.

"Saya dan suami dapat tahu selepas ada jiran berkongsi tentang kehadiran suami bekas penyewa menerusi satu grup Facebook. Rumah tu memang kosong sementara cari pembeli.

Jauhilah dadah kerana ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri anda sendiri dan keluarga tetapi juga buat masyarakat.

IHSAN ZAINAL

"Tak sangka pula dia datang semula ke rumah sewa tu selepas ditinggalkan isteri dan anak-anak. Kami call polis untuk ambil tindakan sebab dia dah ceroboh kawasan rumah tu.

"Dia cuba pecah masuk ikut pintu belakang, tetapi hanya 'tinggal' di luar pintu rumah bersama beg yang mengandungi pakaian dia," ujarnya yang tidak mengetahui latar belakang suami penyewa termasuk punca lelaki itu mengambil dadah.

bekas penyewa ceroboh 6

Bekas penyewa masih datang ke rumah sewa yang tidak berpenghuni untuk berteduh.

Sementara itu, ejen hartanah, Ihsan Zainal, 36, berkata, peralatan menghisap dadah turut dikesan di rumah tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan.

"Beberapa kali kita panggil pihak polis sebab dia selalu tak ada di luar rumah. Tapi selepas tu tiba-tiba muncul masuk, tak dapat buka pintu, dia panjat pagar.

"Memang kasihan tengok dia, dah tidak terurus... berpakaian lusuh dan koyak. Dia sebenarnya penyewa yang baik, tapi selepas terbabit dengan dadah terus berubah.

"Nasihat saya, kalau penyewa ada masalah, kena berterus-terang dengan tuan rumah sebab anda tinggal di rumahnya. Tuan rumah juga kena ambil tahu pasal penyewa, lebih-lebih lagi yang berbulan tak bayar sewa dan sukar untuk dihubungi.

"Apa yang penting, jauhilah dadah kerana ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri anda sendiri dan keluarga tetapi juga buat masyarakat," katanya.

bekas penyewa ceroboh 1 B

Antara cubaan polis mengarahkan lelaki berkenaan untuk keluar dari rumah sewa.

Selepas kes tersebut selesai, Siti yang merupakan pembantu akaun memberitahu, urusan jual beli rumah lebih mudah kerana pembeli mula berani masuk untuk melihat keadaan rumah.

"Setiap tuan rumah tetap ada cabaran luar untuk menguruskan rumah yang dijual. Bukan sahaja cabaran cari pembeli, tetapi juga masalah seperti ini yang perlu ditempuh sebelum dapat meyakinkan bakal pembeli," kata Siti sambil menambah rumah itu telah pun dijual.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain