suria

Member suka selit duit dalam kereta, lelaki ini stres hulur bantuan bukan harapkan habuan... Silap hari bulan budak car wash jumpa!

Terry berharap rakan-rakannya tidak meninggalkan duit selit di dalam kereta sebagai balasan pertolongannya

SETIAP orang pasti akan berhadapan dengan kesusahan dan memerlukan pertolongan.

Bagi mereka yang terlibat, ucapan terima kasih seperti tidak mencukupi untuk menzahirkan rasa bersyukur atas pertolongan yang diberikan.

Jika dihulurkan duit pula, pastinya individu yang membantu akan menolak sekeras-kerasnya.

Namun seperti pepatah Melayu dahulu, ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’, sebolehnya setiap pertolongan mahu dibalas semampunya.

Menerusi perkongsian Terry Ayiez di TikTok, dia meluahkan rasa sayu apabila rakan-rakannya gemar memberi duit sebagai membalas jasa walaupun niatnya hanyalah untuk membantu rakan setiap kali dalam kesusahan.

Malah, walaupun berkeras dan menolak setiap pemberian tersebut, dia pastinya akan menemukan lipatan wang kertas di dalam kereta.

Ekoran itu, dia meminta supaya mereka yang memerlukan pertolongan dan berada dalam keadaan kecemasan untuk tidak meninggalkan duit secara senyap seperti yang sering dilakukan.

“Kepada rakan semua, jika awak berada dalam keadaan kecemasan... jangan tinggalkan (selit) duit di dalam kereta.

“Kalau saya kata tidak perlu, lebih baik jangan tinggalkan seperti itu,” luahnya tegas.

Tambahan pula, kereta yang dimiliki hanya diservis dua atau tiga kali dalam setahun selain tidak mempunyai masa untuk memeriksa atau membersihkan bahagian dalaman kenderaan setiap masa.

Malah katanya, kereta akan terus dihantar ke kedai cuci jika kotor dan ia bukanlah dilakukan olehnya sendiri.

Sesetengah individu gemar memberi duit kerana bimbang 'terhutang budi'.

Sesetengah individu gemar memberi duit kerana bimbang 'terhutang budi'.

Dalam pada itu, Terry berharap agar rakan-rakannya tidak membayar balik bantuan yang dihulurkannya kerana ia dilakukan dengan hati terbuka.

“Segan la, sebab bahagia tolong kawan dalam masalah dan tak mahu tambahkan kesusahan insan bergelar kawan. Lagi pula mereka tidak mengaku apabila ditanya ada meninggalkan duit di dalam kereta atau tidak... selalunya mereka beri reaksi terkejut dan blur,” luahnya lagi.

Terdahulu perkongsiannya di aplikasi TikTok mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Rata-ratanya menyatakan pernah mengalami situasi sama sehingga wang yang diselit itu ditemukan oleh tukang cuci kereta.

“Sama bro. Saya memang jenis tak kisah, tapi mereka main selit-selit. Hari tu basuh, budak car wash tunjuk ada RM150... Nasib baik dia pun jujur.

“Saya pun tak kisah kalau jalan nak pergi atau balik tu sehaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ada Audi R8 tutup semua lubang dalam kereta Axia dengan 30 keping duit RM50 - “Kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak suka rakan-rakan buat macam ni” - Ramai harapkan bayaran, tapi Aiman tak kisah kawan tumpang keretanya tak hulur duit minyak

“Bagi saya, kalau nak tumpang just tumpang tak perlu letak duit... kalau nak letak duit lebih baik naik grab or teksi,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, sekumpulan lagi mengakui sering menyelit duit dalam kereta kerana ia bertujuan untuk membayar minyak rakan yang sudi membantu menghantar ke destinasi.

“Kalau saya nak bayar minyak kereta kawan, memang terus bagi depan dia dan paksa dia terima.

Netizen turut berkongsi pengalaman dan pandangan mereka di ruangan komen

Netizen turut berkongsi pengalaman dan pandangan mereka di ruangan komen

“Selalu selit kat celah pintu... dah sampai rumah baru mesej suruh tengokkan barang kat celah pintu. Member nak marah pun tak boleh sebab dah balik.

“Masalahnya nak bagi kat tangan susah sangat nak terima.

“Kami sekawan pun buat perkara sama... sebab kalau bagi depan-depan memang kawan tak mahu terima,” ujar beberapa netizen lagi.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mengakui tindakan menyelit wang seperti itu dilakukan selepas bantuan yang pernah diterimanya diungkit semula oleh rakan.

Ia berikutan perhubungan mereka sudah tidak mesra dan akrab seperti sebelumnya.

“Saya trauma, dulu memang dia cakap tak apa, tapi bila dah tak ngam (baik), mula la semua diungkitnya.

"Sejak tu, saya tetap selit duit walaupun tumpang tempat dekat,” luahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain