suria

Misteri bau busuk terjawab, pelajar meninggal dunia dalam bilik selepas 2 hari menyepi

Mangsa merupakan pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. (Gambar Hiasan)

KEMATIAN seorang pelajar di kolej kediaman sebuah universiti di Serdang, Selangor pada Selasaternyata mengejutkan ramai.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pusat kawalan universiti berkenaan kira-kira jam 7.45 petang.

Menurutnya, mayat yang ditemui merupakan seorang pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi serta berumur 29 tahun.

"Siasatan awal mendapati, mangsa mengambil kursus Master Sastera di semester enam (tahun akhir) dan tinggal di bilik kolej kediaman tersebut seorang diri.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak memakai baju, berseluar panjang dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katil," katanya pada Rabu.

Katanya, siasatan awal di lokasi mendapati pintu bilik mangsa dalam keadaan berkunci dan tingkap tertutup rapat.

"Selain itu, pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam bilik.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh saksi kejadian kerana lama tidak berjumpa mangsa. Ketika itu, saksi terbau bau busuk dari bilik mangsa," katanya.

Menurutnya, saksi kemudian bersama beberapa kakitangan universiti berkenaan dan pelajar membuka pintu bilik mangsa menggunakan kunci pendua.

"Apabila pintu dibuka, mangsa didapati berada dalam keadaan terbaring dan bilik berbau busuk.

"Siasatan turut mendapati kali terakhir mangsa dijumpai adalah pada dua hari lalu," katanya.

Ujar Anbalagan, hasil siasatan di lokasi bagaimapun mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain