suria

Dikaitkan dengan Siti Bainun, gadis ini kesal ‘dibuli’ ketika buat live TikTok... Hentikan lawak ‘body shaming’!

Shaz dikaitkan dengan Siti Bainun kerana bentuk fizikalnya.

TIDAK sensitif!

Demikian luahan seorang wanita apabila dirinya dikaitkan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali iaitu individu yang didakwa dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella.

Wanita berusia 32 tahun itu, Nurul Shazwani menyelar tindakan segelintir netizen yang menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka dengan menggelarnya dengan nama tertuduh ketika dia bersiaran langsung di aplikasi TikTok sejak 17 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam pertahan foto 'mini love' dengan Siti Bainun, tak langgar etika guaman... Buat 'thread' Twitter pun tak salah!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat 'celah' mana? Nurulhidayah jawab tuduhan Siti Bainun dilindungi Ahmad Zahid

Bercakap kepada mStar, dia yang lebih mesra disapa Shaz memberitahu, dia kesal dengan perbuatan beberapa individu tersebut yang dianggapnya sebagai biadab.

"Dari semalam (17 April) lagi saya buat live orang samakan saya dengan Bainun. Kenapa nak samakan saya dengan isu macam ni?

"Saya tidak kisah orang nak kata pasal saya, menghina dan mengejek fizikal... tetapi mengaitkan saya dengan orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes penderaan itu agak menyakitkan dan tidak dapat diterima," luahnya sedih.

Menurut anak kelahiran Pulau Pinang itu, pada awalnya dia enggan mengambil serius mengenai perkara itu, namun merasakan segelintir netizen sudah keterlalun menerusi komen-komen 'body shaming'.

"Mereka seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti dengan isu (penderaan) macam ni. Tidak apa kalau mereka nak cakap apapun, tapi kali ini saya rasa mereka tidak sepatutnya selamba mengeluarkan perkataan sebegitu.

Syaz lali dengan 'body shaming' yang dilemparkan kepadanya.

Shaz lali dengan 'body shaming' yang dilemparkan kepadanya.

"Ia menyebabkan saya rasa tidak gembira kerana perkara sensitif macam ini dikaitkan hanya kerana saiz fizikal saya yang berbadan besar.

"Kenapa nak samakan orang gemuk dengan Siti Bainun tu... orang yang dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan (bad person)," jelasnya yang turut marah apabila ada individu menyifatkannya sebagai jenaka.

Shaz yang bertugas sebagai pembantu pembedahan pergigian berkata, perkara yang sama turut berlaku kepada beberapa lagi rakannya yang berbadan besar.

Malah katanya, disebabkan kata-kata bersifat 'body shaming' dan buli siber itu, dua videonya ketika bersiaran langsung di TikTok disekat oleh aplikasi berkenaan.

Salah seorang individu yang mengaitkan saya dengan Siti Bainun hantar mesej dan membuat permohonan maaf.

NURUL SHAZWANI

"Dua video saya disekat sebab guideline aplikasi itu menyatakan ada unsur 'membuli', sedangkan semasa live tu saya yang dibuli.

"Bagaimanapun, salah seorang individu yang mengaitkan saya dengan Siti Bainun hantar mesej dan membuat permohonan maaf," katanya sambil menambah salah satu daripada video yang disekat telah kembali disiarkan di akaun media sosialnya sehingga meraih lebih 1.2 juta tontonan.

Dalam pada itu, Shaz turut menyuarakan rasa terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang gemar 'menghukum' orang lain berdasarkan bentuk fizikal selain tidak sensitif dengan situasi semasa.

Antara permohonan maaf yang diterima Shaz daripada individu yang mengaitkannya dengan Siti Bainun

Antara permohonan maaf yang diterima Shaz daripada individu yang mengaitkannya dengan Siti Bainun

Tambahnya, walaupun setiap orang mempunyai hak untuk bersuara, menulis mahupun meluahkan perasaan, namun perlu ada batasan.

"Perkara sebegini tidak terkesan kepada saya, tetapi bagi orang lain mungkin meninggalkan 'parut' yang besar. Saya akui memang dari dulu diri dihina dengan kata-kata kejian seperti gemuk dan sebagainya sehingga sudah lali.

"Walau bagaimanapun, saya berharap netizen menjaga setiap kata-kata mereka dan tidak melemparkan komen-komen yang boleh menyinggung perasaan orang lain," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain