suria

Gadis titip doa di Tanah Suci agar dijodohkan, kekasih derita kanser usus dijemput Ilahi... Baju raya tak gosok jadi kenangan terakhir

Gadis ini meluahkan kerinduan terhadap kekasihnya yang dijemput Ilahi.

MERINDUI insan yang telah pergi meninggalkan kita merupakan satu perasaan cukup perit untuk diungkap.

Begitulah perasaan yang terpaksa ditanggung oleh gadis ini, Putri Nur Syafiqah Zakaria, 21, yang kehilangan kekasihnya, Muhammad Shahrul Sagar, 23, disebabkan penyakit kanser kolon (kanser usus besar) tahap empat.

Menerusi perkongsian gadis yang lebih mesra disapa Putri yang memaparkan momen-momen indah bersama arwah di laman sosial, meraih perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kesayangan meninggal dunia pagi 1 Syawal, tragedi beli ais batu masih segar... Kakak simpan tudung putih terakhir arwah

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami terpilih untuk dugaan ini” - Lima nyawa keluarga hilang akibat Covid-19, Aidilfitri disambut ala kadar dengan seribu makna

Baru-baru ini, Putri memuat naik satu video menunjukkan kesedihannya mengimbau kenangan bersama arwah kerana tidak dapat lagi raya bersama, ternyata meruntun jiwa warga maya.

Bercakap kepada mStar, gadis yang menjalani latihan industri di Kuantan, Pahang ini berkongsi kisah perjalanan kekasihnya menghidap penyakit kanser sehingga menghembuskan nafas terakhir.

"Saya mula kenal arwah pada 2018. Saya suka arwah sebab cara dia layan saya sama macam ayah layan mama. Arwah sangat penyabar, lemah lembut tutur katanya dan tak pernah meninggi suara. Saya berharap ada masa depan dengan dia sampaikan waktu menunaikan umrah pada 2019, saya sebut namanya dalam doa agar dia jadi suami saya.

"Sebelum arwah disahkan menghidap penyakit kanser pada September 2021, dia mula mengadu sakit perut macam ada benda keras sejak Julai lagi. Dia terpaksa berulang-alik ke klinik dan hospital di Kuantan.

"Tahun lepas memang ujian yang sangat berat untuk arwah. Mak, ayah dan adik-adiknya positif Covid-19. Masa ni masih ketat SOP jadi tak boleh melawat dia di hospital. Arwah uruskan pembedahan dia semua sendiri.

"Lepas dia keluar dari hospital dan PKP pun dah habis, saya selalu ajak keluar. Dia kata dia takut tak ada masa dan dah tak larat nanti nak luangkan dengan saya kalau dah mula sesi kemoterapi. Masa ni dia banyak termenung dan asyik cakap pasal mati," ujar Putri.

pakwe kanser kolon 2

Menurut Putri, berat badan kekasihnya turun mendadak disebabkan oleh sesi kemoterapi.

Put yang menetap di Kuantan, Pahang itu memberitahu, berat badan Shahrul mulai susut setelah menjalani sesi kemoterapi pada Oktober tahun lalu.

Apa yang lebih menyayat hati apabila jejaka berkenaan dijemput Ilahi pada 2 Disember tahun lalu.

pakwe kanser kolon 3

Kekasih Putri meninggal dunia selepas seminggu menjalani kemoterapi ketiga.

"Lepas sesi kemoterapi pertama, berat badan arwah memang makin menurun. Sesi kedua arwah pada November pun lagi kurus tapi saya tak update pasal arwah di media sosial ketika itu.

"Arwah susah nak tidur sampaikan badan jadi penat sebab tak cukup rehat. Sehari sebelum sesi kemoterapi ketiga tu hari lahir arwah, tapi dia tak larat sangat nak buat apa-apa sebab tak tidur.

Saya suka arwah sebab cara dia layan saya sama macam ayah layan mama. Arwah sangat penyabar, lemah lembut tutur katanya dan tak pernah meninggi suara.

PUTRI

"Dia kurus sangat sampai nampak tulang. Saya sedih sangat tengok dia terpaksa tanggung semua derita ni. Arwah meninggal dunia seminggu selepas itu," ujar Putri dengan nada sebak.

Susulan videonya menangis di tepi kubur arwah kekasih, dia menerima banyak mesej positif daripada warganet.

pakwe kanser kolon 4

Kenangan... Putri dan arwah memakai baju raya sedondon pada hari raya 2021.

Jelas Putri, dia bagaimanapun tidak menyangka 2021 merupakan tahun terakhir dia dan arwah beraya bersama, dan berasa terkilan setiap kali mengingatinya.

"Raya tahun lepas (2021), kami nak 'matching' pakai baju sama. Itulah first dan last matching baju dengan dia. Sebenarnya tema raya famili dia warna hitam, manakala keluarga saya pula pink. Dia sanggup beli baju pink saat akhir demi saya.

"Masa di rumah arwah, dia pakai warna hitam. Bila pergi beraya rumah saya, dia tukar pink dengan baju tak gosok. Arwah datang ke rumah saya pun sekejap je sebab kawan-kawan dia tunggu kat rumah dia. Tak sangka itu kali terakhir saya beraya dengan arwah," kata Putri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain