suria

Berangan jadi Michael Jackson, video lelaki mandi guna air mineral terima kecaman... Netizen ingatkan membazir amalan syaitan!

Rakaman yang dikongsi meraih lebih 150,000 tontonan di laman TikTok.

KENAPA susah sangat nak bersyukur?

Demikian komen netizen berhubung video tular memaparkan seorang lelaki yang sedang mandi menggunakan beberapa botol air mineral.

Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Amirul Asyari hanya memakai seluar pendek berwarna hitam sambil berendam di dalam tab mandi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah buat beratus video... nak kutuk, kecam Makcik Tik Tok tak layan!

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam malukan negeri sebab ‘ligat’ di TikTok, tapi ada yang sanggup datang rumah nak tengok shooting video - “Saya nak jadi jutawan Terengganu”

Selain mencurahkan air mineral ke badan sendiri, beberapa botol kosong turut kelihatan bersepah di lantai bilik mandi tersebut.

"Oh Amirul, Mirul... kotak apa atas katil semua ni? Ya Allah bilik ni bersepah-sepah Mirul! Lailahailallah, eh orang panggil kau terjerit-jerit kau boleh mandi air mineral kat sini?

"Eh engkau ingat kau Michael Jackson? Mandi air biasa tak boleh ke? Dengar sini, dekat Zimbabwe tu, dengan Uganda, bukan main susah nak dapat air bersih. Kau buat mandi eh air mineral ni? Bapa kau pemenang PRN (pilihan raya negeri) Johor eh?" ujar seorang lelaki yang merakam video itu.

Video berkenaan sehingga kini meraih lebih 157,000 tontonan di aplikasi TikTok.

amurl2

Video ini turut ditularkan ke laman Twitter.

Malah, rakaman sama turut dikongsi ke laman Twitter sehingga mengundang kecaman segelintir netizen yang kurang senang dengan amalan pembaziran lelaki itu.

"Macam mana perasaan mandi dengan air mineral? Tak rasa berdosa ke?

"Apa benda ni, membazir air mineral banyak tu.

Dekat Zimbabwe tu, dengan Uganda, bukan main susah nak dapat air bersih. Kau buat mandi eh air mineral?

KENALAN LELAKI DALAM VIDEO TULAR

"Kalau betul-betul nak bazir, mandi dengan Evian macam Mariah Carey. Haa mampu?

"Cari perhatian la tu mandi guna air mineral," tulis beberapa netizen.

Sementara itu, pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd, Mohamad Faruqi Mohamad Nazri pada Sabtu turut mengulas tentang video tular tersebut yang menggunakan air mineral keluaran syarikatnya.

amirul3

Antara komen netizen di TikTok.

"Saya dikejutkan oleh seorang staff mengenai satu posting di Twitter yang dikaitkan dengan kami. Video TikTok seorang remaja bernama Amirul mandi dalam tab mandi menggunakan air mineral.

"Tindakannya itu dimarahi oleh seorang lelaki yang dipercayai kenalannya. Pelbagai tindak balas daripada netizen. Ramai yang mengecam, ada juga yang memuji. Saya sendiri agak terperanjat," ujarnya menerusi video di Facebook.

Tambahnya, dia berterima kasih kepada jejaka itu atas tindakannya yang disifatkan membuka mata orang ramai mengenai manfaat air mineral.

Dalam penjelasannya, dia turut mengalu-alukan pakar dermatologi untuk membahaskan isu berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain