suria

Kagum! Bermula minat sekarang dah boleh buat duit... pramugara reka kostum patung Borneo siap dapat tempahan projek mega

Wesley telah mulakan rekaan pertama Borneo doll sejak dua tahun lalu.

BERMULA dengan hanya sekadar hobi namun minat seseorang individu itu juga boleh menjana pendapatan jika dimanfaatkan sebaiknya.

Begitulah kisah seorang pramugara, Wesley Anak Juntan, 35, yang mencari peluang terhidang dengan menjadikan penghasilan patung Borneo buatan sendiri itu sebagai aktiviti masa lapang seiring dengan menempah nama dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kongsi minat dengan anak usia 4 tahun! Sebelum beli patung adiwira, beli jiwa isteri dulu... yang penting jangan kantoi harga

ARTIKEL BERKAITAN: Hobinya dianggap membazir, tapi pemuda ini tak mengalah hingga 4 kali bergelar juara yo-yo Malaysia! Gigih buat crowdfunding nak cukupkan duit bersaing di peringkat dunia!

Jelas Wesley, dia tidak menyangka niat asal untuk memberikan patung sebagai hadiah kepada rakan-rakannya telah bertukar menjadi satu hasil tangan yang ikonik dan mula dikenali ramai.

"Sekarang dah nak masuk dua tahun setelah rekaan pertama Borneo doll saya, iaitu Kumang Doll (kostum tradisi kaum Iban) pada tahun 2020 semasa dalam PKP ketika itu. Pada asalnya, Borneo doll ini saya hasilkan sebagai hobi saja. Oleh itu, saya akan buat apabila ada kelapangan atau sebagai part time.

Jejaka ini menghasilkan rekaan patung dengan menggayakan pakaian tradisi Iban untuk memeriahkan suasana perayaan.

"Idea tercetus semasa pandemik dan negara berada dalam PKP. Pada masa tu perayaan Hari Gawai tapi kita tak dapat nak sambut seperti tahun sebelumnya.

Jadi saya ambil keputusan dengan hasilkan satu rekaan patung yang menggayakan pakaian tradisi Iban untuk memeriahkan suasana perayaan.

"Lagipun masa tu ramai yang terkesan sampai ada yang mengalami kemurungan jadi saya ambil inisiatif dengan memberi semangat kepada rakan yang sama-sama tidak dapat menyambut perayaan di kampung masing-masing dengan berikan patung saya buat," jelas Wesley.

Wesley menjadikan penghasilan patung Borneo sebagai aktiviti masa lapang seiring dengan menempah nama dalam industri.

Bercerita lanjut mengenai rekaan baju yang dibuat, anak bongsu daripada empat beradik ini turut menceritakan dari mana datangnya sumber inspirasi penghasilan itu tercetus.

Malah, jelas Wesley, dia turut mengambil beberapa ilham daripada artis tempatan untuk dijadikan sebagai pola rekaan pakaian pada patungnya.

"Idea asal diinspirasikan daripada Kumang, iaitu watak lagenda kaum Iban yang dikenali dengan kecantikan dan kebolehan yang tiada tandingan pada zaman lampau. Selain itu juga, kebanyakan rekaan Borneo doll ini juga mengambil inspirasi daripada figura terkenal tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Daphne Iking, Melissa Francis (artis Iban di Sarawak) dan ramai lagi.

Anak bongsu ini mengambil beberapa ilham daripada artis tempatan untuk dijadikan sebagai pola rekaan pakaian pada patungnya.

"Tempoh untuk menyiapkan satu rekaan akan mengambil masa antara tiga ke lima, bergantung kepada jenis pakaian serta aksesori yang dihasilkan. Semua kaedah saya guna untuk hasilkan sendiri mengikut kreativiti dan keunikan tersendiri yang terdapat pada sesuatu rekaan tersebut," ujarnya.

Tidak terhenti di situ, bakat Wesley mula terserlah dan dilihat oleh warga tempatan apabila dia mula menerima tempahan daripada beberapa syarikat besar.

Selain itu, dia yang merupakan seorang pramugara syarikat penerbangan tempatan ini telah menerima beberapa anugerah untuk projek yang telah disertainya.

Wesley mula terserlah dan dilihat oleh warga tempatan apabila dia mula menerima tempahan daripada syarikat penerbangan.

"Setakat ini saya telah menghasilkan patung yang memakai uniform Malaysia Airlines, Firefly, Malindo, Air Asia dan Singapore Airlines. Semua rekaan tersebut adalah daripada permintaan pelanggan yang inginkan patung custom made.

"Tambah lagi, sebagai seorang anak kapal (flight attendant) dalam syarikat penerbangan tempatan, uniform airlines adalah salah satu rekaan yang sangat dekat di hati saya. Sebab itulah saya memilih uniform airlines dalam rekaan Borneo doll.

"Ada bebarapa projek besar yang saya terlibat adalah kerjasama dengan Taylor’s Universiti dan Barbie Malaysia untuk KL Fashion Week 2021, selain kolaborasi dengan pereka fesyen tempatan, Carven Ong untuk menghasilkan kostum nasional Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James yang diperagakan di pentas Miss Universe 2020.

Menurut jejaka ini, tempahan agak menggalakan dan adakalanya di luar jangkaan.

"Selain projek di atas, baru-baru ini saya telah memenangi Bronze Medal dalam Wicitra-Malaysia Craft Award 2021 dalam kategori ‘Hobi & Gaya Hidup’ anjuran Institut Kraf Negara, Kraftangan Malaysia & Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia," jelasnya lagi.

Namun, jelas Wesley, ada beberapa rekaan yang tidak dapat ditunaikan olehnya kerana kekangan material dan rekaan.

Pemuda yang kini menetap di Cyberjaya, Selangor, setakat ini tempahan agak menggalakan dan adakalanya di luar jangkaan.

Jejaka ini turut jalani kerjasama dengan bebarapa projek besar seperti kolaborasi dengan beberapa pereka fesyen tempatan.

"jualan hanya dibuat menerusi Instagram dan Facebook, sesiapa yang berminat untuk menghasilkan custom made doll boleh hubungi saya secara terus melalui platform tersebut. Client saya merangkumi seluruh Malaysia dan ada juga dari luar negara termasuklah Singapura, London dan USA.

"Harga untuk custommade doll bermula dari RM 350 ke atas, mengikut jenis kostum dan aksesori yang dihasilkan. Saya menggunakan patung yang sedia ada di pasaran. Setelah itu saya akan padam makeup asal patung tersebut dan mulakan proses re-paint sehingga baju dan aksesori yang semuanya dihasilkan sendiri.

"Tapi dulu sebelum Borneo doll, saya pernah menghasilkan rekaan pakaian sebenar seperti evening gown dan wedding gown. Itu pun saya lakukan sebagai hobi pada masa lapang, tapi sekarang saya hanya fokus dalam penghasilan Borneo doll saja," katanya.

Antara rekaan mengikut budaya dan suku kaum tempatan.

Bercerita lanjut mengenai minatnya, rata-rata netizen memuji hasil karya yang dibuat walaupun julung kali kita dengari mengenai minat seorang lelaki dalam bidang rekaan patung di negara ini.

Dalam pada itu jejaka Iban ini turut menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat orang lain yang juga meminati bidang sepertinya ini.

"Setakat ini saya menerima banyak pujian dari orang ramai yang rata-rata kagum dengan kebolehan saya menghasilkan miniature aksesori yang jarang mereka lihat di negara ini. Komen-komen juga sangat positif dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menghasilkan rekaan yang seterusnya.

Warganet memuji hasil karya dibuat walaupun jarang didengari minat seorang lelaki dalam bidang rekaan patung di negara ini.

"Bagi saya, bidang seni yang saya ceburi ini adalah sesuatu yang baru di negara kita, semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran. Sekiranya ada yang ingin mencuba, saya nasihatkan agar mereka mempunyai tahap mental yang kuat serta percaya kepada bakat yang anda miliki.

"Bidang ini bukan sahaja memerlukan kreativiti yang tinggi tetapi yang penting adalah untuk tidak mudah berputus asa," jelas jejaka ini menutupi kisahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain