suria

Anak angkat lalui kisah tragis! Dipukul, dipanggil babi... dah besar si ibu paksa buat loan rumah ganti rugi pelihara sejak kecil

Dibesarkan sebagai seorang anak angkat, namun dirinya tidak pernah merasi kasih sayang. Gambar hiasan.

TIDAK semua insan di dunia ini yang bertuah dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia.

Ada yang kehilangan ibu dan ayah sejak kecil, ada juga yang dibesarkan dalam keluarga porak peranda sekali gus tidak berpeluang merasai nikmat kasih sayang daripada orang tua.

Begitulah juga kisahnya dengan seorang pelayar ini yang melalui kehidupan penuh tragis sejak usianya masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada zuriat bukan alasan kahwin lain! Hampir 20 tahun baru dapat anak, tapi layanan tetap sama - “Sampai meninggal ayah tak tahu saya dah tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal ibu kandung, gadis reda kini terpaksa jauh dari bapa angkat tempat menumpang kasih... dikata ‘muka sama’ pun dah cukup gembira!

Menerusi perkongsian di laman Twitter personaliti televisyen tersohor, Fedtri Yahya, pelayar berkenaan menukilkan kisah hidupnya yang penuh duka sebagai seorang anak angkat.

"Saya anak angkat. Mak ambil saya sebab dia tak boleh mengandung. Lepas tujuh tahun dia bela saya, dia mengandung.

posting

Nukilan yang dikongsikan di laman Twitter milik Fedtri Yahya.

"Sejak kecil saya dipukul. Umur lima tahun saya dipukul guna dua hanger serentak sampai patah. Umur tujuh tahun muka saya ditampar. Berdesing telinga saya.

"Semuanya sebab saya tanya solan atau tersalah buat apa-apa," tulisnya.

Bukan itu sahaja, dedah pelayar tersebut, dia pernah diberikan gelaran yang kurang sopan dan dicerca oleh ibu angkat sendiri.

dera 2

Ketika kecil lagi, dirinya sering menjadi sasaran pelepas kemarahan si ibu angkat. Gambar hiasan

"Bila saya membesar, memang dipanggil 'babi'. Saya ni anak haram, dan mak selalu selalu cakap saya ni menyusahkan dan minta saya mati.

"Dia paksa saya buat loan untuk belikan dia sebiji rumah sebagai ganti rugi membela saya," tulisnya lagi.

Sudahlah kurang kasih sayang dan mendapat layanan buruk daripada ibu angkat, pelayar ini terpaksa mengharungi semua kepahitan seorang diri.

"Ibu kandung tak ada untuk membela saya dari kecil hingga hari ini. Ibu kandung begitu... emak angkat pula begitu. Sejauh manakah terlayak untuk syurga di bawah telapak kaki seorang ibu?

"Semoga Tuhan mengampunkan segala kepedihan saya yang tak terungkap," akhirinya.

Sejauh manakah terlayak untuk syurga di bawah telapak kaki seorang ibu?

ANAK ANGKAT

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 8,000 ulang kicau (retweet) selain dibanjiri dengan komen-komen netizen yang berkongsi pengalaman yang seakan-akan sama.

"Saya juga kena perkara yang sama tetapi dengan ibu kandung. Berambus, pergi mampus itu ayat biasa. Pukul apatah lagi hingga ada jari saya yang cacat. Tapi saya sangat sayang mak saya dan percaya apa yang berlaku kerana keadaan dia waktu itu. Saya sentiasa berdoa agar mak dapat syurga.

anak angkat 1

Antara komen netizen terhadap perkongsian di laman Twitter tersebut.

"Saya dah hampir 22 tahun tak pernah dengar apa-apa khabar daripada ibu bapa kandung. Pernah nak cuba cari mereka tapi keluarga angkat tak nak tolong dan suruh cari sendiri.

"Saya doakan kepada empunya post, supaya terus tabah. Anda bukan babi, anda insan yang kuat. Saya doakan supaya syurga ganjaran anda dan jauhilah dari persekitaran yang 'sakit' ini. Semoga Allah berikan kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan pada anda," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea