suria

So sweet ucapan anniversary ke-11 Tengku Zafrul buat isteri, siap mengaku bukan nak bodek sebab tak dapat rai bersama – “Saya akan cari ikan bilis terbaik di Sabah”

Tengku Zafrul dan isteri menyambut hari ulang tahun perkahwinan ke-11. foto instagram tzafrul_aziz

SIAPA yang tidak kenal Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, selain memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, beliau juga aktif bersenam dan bersukan.

Dalam kesibukan menggalas tugas anggota Kabinet, beliau juga seorang yang sweet apabila meluahkan kata-kata romantik buat isteri tersayang, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.

Kata-kata penuh bermakna itu dizahirkan sempena meraikan hari ulang tahun perkahwinan ke-11 mereka, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati saya dah berpunya, tak minat nak cari yang kedua - Tengku Zafrul

"Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kesebelas. Sungguh cepat masa berlalu. Hari akad nikah kami rasanya seperti baru semalam.

"Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan jodoh dengan isteri saya, yang juga ibu dan tunggak terbaik buat keluarga kami. Every day with you is a blessing, Alhamdulillah," tulis Tengku Zafrul di laman Instagram beliau, petang Ahad.

anniversary menteri kewangan 7

Tengku Zafrul (kiri) dan isteri.

Menyifatkan 'Setiap kejayaan lelaki, ada wanita di belakangnya', Tengku Zafrul berkata, tanpa pengorbanan seorang isteri mana mungkin seorang suami dapat mengejar cita-citanya.

"Terima kasih Dina kerana sentiasa memastikan semua keperluan keluarga dipenuhi terutama dengan ketiadaan saya yang kerap akibat tanggungjawab rasmi, dari dulu sampai sekarang,’" katanya.

Terima kasih kerana menerima saya walaupun pada masa itu saya lebih 'berisi' dan mungkin kurang handsome berbanding sekarang.

TENGKU DATUK SERI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Tengku Zafrul turut berkongsi beberapa foto pernikahannya bersama isteri dalam persalinan serba putih, 11 tahun lalu.

"Dina, thank you for saying yes, thank you for being the pillar of our family and above all, for accepting me for who I am and who I aspire to be.

"Dan sudah tentu terima kasih kerana menerima saya walaupun pada masa itu saya lebih 'berisi' dan mungkin kurang handsome berbanding sekarang," tambahnya.

anniversary menteri kewangan 9

Ucapan ulang tahun perkahwinan Tengku Zafrul untuk isteri.

Beliau turut memohon maaf kepada isteri kerana tidak berpeluang untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan pada Ahad kerana tuntutan tugas rasmi.

"I am sorry I can't be with you today due to official duties, tapi Insya-Allah saya akan cari ikan bilis yang terbaik di Sabah untuk kita cuba!" katanya.

Tengku Zafrul yang merupakan bapa kepada empat cahaya mata itu bagaimanapun menegaskan bahawa luahan dan ucapan istimewa buat isteri adalah tulus ikhlas.

"Semua ini adalah tulus dari hati dan bukan sekadar ucapan manis untuk bodek isteri kerana tak dapat celebrate anniversary," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain