suria

Pemuda rasa bersalah! Video berpeluk dengan abang 10 tahun terpisah undang sebak, raih lebih 5 juta tontonan - “Kami cepat-cepat blah dari situ”

Video dikongsi Wais meraih lebih 5 juta tontonan dalam tempoh singkat.

VIDEO memaparkan pertemuan dua 'beradik' yang terpisah selama 10 tahun mengundang sebak netizen di media sosial.

Dalam tempoh 18 jam selepas dimuat naik, video itu meraih lebih 5.3 juta tontonan dan dibanjiri dengan pelbagai komen netizen.

Ketika dihubungi mStar, Muazzam Shah Uwais Abdul Sani, 22, yang tular dalam video itu menjelaskan ia merupakan lakonan semata-mata yang dibuat sebagai content media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rupa-rupanya saya terkena balik” - Hasrat nak prank ayah tak menjadi, atlet terkedu dapat jawapan selepas luah hajat nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank - “Ada nampak lembaga bawah khemah”

Mesra disapa Wais, pekerja penghantaran makanan itu mengaku berasa ralat apabila ramai netizen seolah-olah terpedaya dengan lakonan dia dan rakannya dalam video berkenaan.

"Video itu dirakam pada Jumaat, di hadapan Pavilion Bukit Bintang. Saya memang dah rancang dengan member untuk buat content.

"Ramai sebenarnya yang percaya. Ada yang terharu, ada juga yang sebak tengok video kononnya dua beradik bertemu selepas lama terpisah. Ada sikit rasa bersalah, tapi ini hanyalah content semata-mata.

"Saya baca komen, ramai juga yang tanya kenapa kami dua beradik boleh terpisah. Video ini paling tinggi tontonan di TikTok saya setakat ini," ujarnya.

wais4

Wais memiliki lebih 800,000 pengikut di TikTok.

Menurut jejaka dari Shah Alam itu, dia juga mengambil sikap tak peduli ketika membuat rakaman berkenaan di hadapan khalayak ramai.

Tambah Wais lagi, dia dan rakannya selamba berteriak dan berpelukan di hadapan orang ramai demi menjiwai jalan cerita yang sudah dirancang awal.

Mula-mula main TikTok suka-suka saja. Tak sangka terbuka rezeki di sini.

WAIS

"Masa peluk tu, rasa malu juga. Tapi selepas siap rakaman, kami cepat-cepat blah (pergi) dari situ. Masa buat tu saya tak tengok orang sekeliling.

"Memang rasa malu, tapi nak buat content, kena pendamlah rasa malu," ujarnya yang memiliki lebih 800,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Bercerita mengenai dirinya, anak sulung daripada empat beradik itu mula aktif menghasilkan content di TikTok sejak lebih setahun lalu.

wais3

Wais meraih pendapatan dengan melakukan khidmat reviu di media sosial.

Imbas Wais, tuah ternyata menyebelahi dirinya apabila populariti yang diraih turut membuka peluang rezeki buatnya.

Sejak memiliki jumlah pengikut yang ramai, Wais juga sering ditawarkan untuk membuat reviu produk, sekali gus ia menjadi sumber pendapatan untuk dirinya.

"Saya buat pelbagai content. Bermula dengan video-video saya main game, kemudiannya ada juga buat video menyanyi dan macam-macam lagi.

wais2

Wais tidak menyangka pintu rezeki terbuka buatnya menerusi aplikasi TikTok.

"Mula-mula main TikTok suka-suka saja. Tak sangka terbuka rezeki di sini, boleh jana pendapatan. Biasanya saya buat reviu produk dan baju, makanan pun ada.

"Kadang-kadang banyak juga saya terima komen toksik. Ada yang cakap saya beria, ada pula yang cakap saya lapar perhatian. Memang sakit hati, jadi saya terus block mereka yang komen negatif.

"Dalam TikTok tak perlu serius sangat, kita buat video untuk hiburkan diri. Kalau ada yang salah, boleh tegur elok-elok. Sekarang ramai yang tegur dalam bentuk perli dan menyakitkan hati," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain