suria

Selalu lalu sampai ‘berkenan’! Ibu tangguh hasrat beli kereta baharu demi hantar anak ke sekolah antarabangsa

Afina sanggup berbelanja besar demi memberikan pendidikan terbaik buat anaknya.

SEORANG ibu mahupun bapa pasti sanggup untuk melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka mendapat hanya yang terbaik tak kira dari segi apa sekali pun.

Walaupun mempunyai keinginan memiliki sesuatu, kebanyakan ibu bapa lebih memilih untuk melupakannya atau 'letak tepi' dahulu apa yang dihajati.

Itulah yang dilakukan pasangan suami isteri ini, yang sanggup mengenepikan seketika hasrat untuk membeli kereta baharu demi memastikan anak sulung mereka, Putri Jeliyta Airich yang berusia tujuh tahun mendapat didikan di sebuah sekolah antarabangsa di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan tahi keras, rupa-rupanya budak pra sekolah tanggung sakit sengkenit 'berumah' dalam telinga... jururawat geram, siap penyet

ARTIKEL BERKAITAN: Susah-susah siapkan ‘kek hidup’, pemuda selamba kunyah kepala burung - “Ada yang tak berkenan, tak lalu nak telan”

Bercakap kepada mStar, Yus Afina Zawizah, 31, berkata, mereka tertarik dengan sekolah berkenaan yang mempunyai pelajar dari pelbagai latar belakang dan negara selain melihat sistem pendidikannya juga amat baik.

"Saya kenal sekolah berkenaan sebab saya selalu lalu depan sekolah tu dan nampak menarik sebab pelajarnya terdiri daripada pelbagai warganegara dan saya anggap sistem pendidikannya juga bagus dan terbaik.

"Saya mahu anak saya dapat ilmu dan pendidikan yang terbaik dari sekolah tu," katanya sambil menambah, adik Jeliyta yang kini masih bayi juga diharapkan dapat mengikut jejak langkah kakaknya.



Jeliyta memulakan sesi persekolahannya pada 4 Disember 2022.

Walaupun menelan kos hampir RM20,000 setahun, pengasas Kakak Hi Kitty Global ini, berkata dia dan suaminya tidak kisah kerana mereka sememangnya sentiasa berusaha keras demi mempersiapkan anak-anak untuk menikmati hidup dan masa depan yang lebih baik.

"Saya dengan suami kerja penat siang malam adalah untuk masa depan anak-anak, jadi tak salah kalau beri anak pendidikan yang berkualiti dan bagus demi masa depan dia.

"Jadi kami cari sekolah yang betul-betul bagus dan terbaik

"Saya sanggup tak beli kereta baharu sebab nak selesaikan sekolah anak dulu," katanya.



Afina bersama keluarga kecilnya melawat ke sekolah baharu anaknya baru-baru ini.

Menurut Yus Afina, anaknya itu bakal memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2022.

"Dia teruja dan gembira sangat-sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan baharu yang berlainan negara dan bangsa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain