suria

Peria mentah jadi snek wajib bayi 10 bulan, mak ayahnya kekal ‘tak suka’ - “Memang kesian tengok dia makan pahit”

Afeeda suka makan peria sebagai snek.

NAK memperkenalkan sayur-sayuran kepada kanak-kanak memang bukan satu tugas yang mudah.

Apatah lagi bila melibatkan sayuran yang rasanya kelat atau pahit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan tahi keras, rupa-rupanya budak pra sekolah tanggung sakit sengkenit 'berumah' dalam telinga... jururawat geram, siap penyet

ARTIKEL BERKAITAN: Susah-susah siapkan ‘kek hidup’, pemuda selamba kunyah kepala burung - “Ada yang tak berkenan, tak lalu nak telan”

Namun baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak yang baru berusia 10 bulan sedang mengunyah seketul peria mentah dengan penuh kenikmatan.

Video yang dikongsikan ibu kanak-kanak berkenaan menimbulkan rasa kagum netizen yang dalam masa sama terhibur melihat gelagat bersahaja dirinya mengunyah sayur itu.

"Dia buat macam makan keropok pula baby ni, kita makan sikit pun dah muntah balik dekat singki tau.. eee comelnya," tulis seorang warga maya.

Bercakap kepada mStar, ibunya, Nadhirah Mat Napis, 28, berkata anak sulungnya itu, Naaz Afeeda Muhammad Azrol mula diperkenalkan dengan sayur sayuran termasuk peria sejak dia berusia sembilan bulan.

"Masa tu saya pergi rumah abang, yang ada cuma peria jadi saya cuba bagi, dia suka lepas tu menangis nak lagi.

"Sebelum ni saya cuma bagi timun, carrot atau tomato je, sayur lain belum bagi lagi," katanya yang bekerja sebagai seorang penganalisa kanan kewangan.



Afeeda mula makan sayur sejak berusia sembilan bulan.

Mengakui dirinya dengan suami bukanlah peminat peria, Nadhirah berkata, sayur tersebut kini bagaimanapun merupakan antara sayur wajib ada di rumah mereka.

"Saya dengan suami memang tak makan, kami beli untuk dia je, bagi dia makan sebagai snek sebab makanan harian tetap bubur nasi atau nestum.

"Suami memang pernah cuba rasa peria tu sebab nampak sedap je dia makan tapi makan hujung-hujung pun rasa pahit.

"Kami memang kesian tengok dia makan pahit, tapi bila ambil dari tangan dia menangis pula," katanya.

Menurut Nadhirah, anak perempuannya itu bagaimanapun tidak gemar dengan sayur-sayuran yang rasanya tawar seperti kobis.

"Saya tak paksa dia makan, saya cuba bagi dia sayur-sayur berbeza untuk dia rasa.

"Memang tak sangka pula peria yang dia suka, Alhamdullilah penggemar sayur rupa-rupanya.

"Tapi kalau sayur yang tawar saya pernah bagi kobis, dia tak nak mungkin sebab tak ada rasa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain